Pagi ne aku gi kerja dari rumah Jazim. Malam nanti Jazim nak ke London. Aku bangun seperti biasa pukul 6 pagi. Jazim pun sama. Rutin pun seperti biasa. Pukul 7.35 pagi, kitaorang dah siap nak gi breakfast kat As-salam. Pukul 7.50, kitaorang gerak ke KLCC.
Aku sampai kat opis aku pukul 8.35 pagi. Minggu ne memang aku banyak kerja. Semua kerja nak cepat siap. Nasib baik kerja banyak taklah aku nyantuk sangat kat opis. Masa pukul 4.40 petang, Ed kol aku. Dia nak jumpa aku ajak minum-minum. Aku kata ok jer.
Aku sampai rumah Jazim dari opis aku pukul 5.50 petang. Jazim hari ne kerja separuh hari. Aku sampai rumah, Jazim tengah kemaskan kucing. Aku relax jer. Pukul 7.40 malam, kitaorang gi dinner. Balik dari dinner, Jazim kemas sikit-sikit. Pukul 8.40 malam, kitaorang keluar dari rumah gi kat Lobby. Kitaorang nak tunggu teksi. Aku dah bagitau kat abang teksi yang bawak aku tiap-tiap hari. Nanti malam pukul 9, tunggu kat lobby. Masa tu hari hujan pulak. Masa kitaorang sampai kat lobby, abang Sazali dah tunggu dah. Dia dah kol aku cuma aku tak dengar hp aku berbunyi. Jazim terus naik teksi ke airport. Aku naik ke rumah nak bersiap.
Pukul 9.15 malam, Ed kol aku. Dia kata dah nak sampai. Aku pun tunggu dia kat Hero. Masa tu hujan dah berhenti. Ed nak ajak aku ke Secret Recipe @ Giant Kinrara 5 Puchong.
Brownies Walnut Cake |
Mango Delight |
No comments:
Post a Comment