Semalam aku set jam pukul 8.30 pagi. Pagi ne aku bangun pukul 6 pagi. Alarm belum bunyi lagi. Aku bersihkan tempat kucing. Pukul 6.40 pagi, aku sambung tidur balik. Aku bangun pukul 8.30 pagi. Aku tengok Jazim dah bangun, dia tengah bersihkan bilik kucing.
Dia heran masa dia bangun tadi, tempat najis kucing semuanya bersih. Dia ingat semua kucing tak berak lagi. Dia tanya aku, aku dah bersihkan ke. Aku jawab ya lah. Aku dah bersihkan pastu aku sambung tidur balik.
Pukul 9.20 pagi, kitaorang nak gi breakfast kat kedai Kak Mah. Sampai kat sana, hayooo ornag beratur panjang. Kitaorang tak jadi makan kat situ. Kitaorang makan roti canai selang beberapa kedai dari kedai Kak Mah. Kitaorang makan roti canai dan telur setengah masak 2 biji.
Dah makan kitaorang balik rumah nak ambik Carlos dan Tomie. Kitaorang nak vaksin kat klinik Dr. Teoh. Sampai sana pukul 10.05 pagi, dah daftar terus timbang Tomie dulu. Berat dia 1.00kg. Carlos berat 1.40kg. Pastu tunggu Dr. Teoh lak. Dia ada pelanggan kat dalam. Kitaorang tunggu agak lama gak. Kat sana murah sikit vaksin rm30 sekor berbanding gan kat Ara rm50.
Dah habis kitaorang balik rumah. Aku buat blog, Jazim buat CV dia dan Umi. Pukul 2, perut terasa lak lapar, Jazim masak maggie, kitaorang malas nak keluar. Dah makan kitaorang tengok dvd citer "Knight and Day".
Dah habis tengok movie, kitaorang bersihkan kucing. Dah settle kitaorang nak gi makan pastu aku balik rumah terus. Kitaorang nak makan kat OldTown White Coffee kat Ampang Point. Pukul 7.10 malam, kitaorang beredar dari situ. Menuju terus ke rumah aku. Sebelum sampai Jazim isi minyak kat Petronas. Aku sampai rumah pukul 7.35 malam.
Pukul 8, aku tengok citer Oprah, "Make over my man" . Aku kol Jazim suruh tengok citer tu. Aku tak sempat tengok habis sebab aku nak keluar gan Remza.

No comments:
Post a Comment