Malam, pukul 8.40, Noi kol aku suruh bersiap. Kitaorang nak gi rumah Osman kat Bukit Antarabangsa. Kondo "Athenuem" yang terletak di atas bukit paling tinggi di sana. Rumah yang terletak di blok A, tingkat 15, no pintu 15.
Osman buat open house ne yang ke 4. Pertama untuk opis mate. Kedua saudara mara. Ketiga kawan jauh dan keempat buat untuk best friend. Kitaorang sampai rumah Osman dah pukul 10.10 malam. Jemputan tak ramai lebih kurang 10 orang jer yang dijemput.
Menu pada malam tu ialah satay ayam dan daging, kuah kacang, lasagna, ayam goreng dan rendang ayam. Masa kitaorang tengah makan, ada lagi kawan yang masih datang. Aku dah lama tak jumpa abang Cik dan Alias. Kitaorang sembang panjang sambil makan. Dah makan kitaorang semua sembang-sembang sambil menonton sukan Commonwealth New Dehli.
Dah habis kitaorang tengok movie lak. Sembang lagi sampai tak sedar nak ke pagi. Semua kawan yang lain gak belum nak balik lagi. Makin dah nak pagi makin rancak sembangnya. Cuma Zaid jer yang balik rumah awal tu pun balik dah pukul 3 pagi.
Aku dan Noi balik dari rumah Osman pukul 5.40 pagi. Abang Cik, Alias dan the rest tidur rumah Osman. Osman ajak aku tidur rumah dia. Aku tak nak. Noi terus hantar aku ke rumah Jazim. 1 malam aku tak tidur lagi.
No comments:
Post a Comment