Hello There!

Wednesday, November 3, 2010

Jumaat 29/10/2010

Semalam aku jumpa Jazim di KLCC sebab hari ini aku tidak bekerja. Aku bangun macam biasa pukul 6 pagi. Buat apa yang patut di bilik kucing. Jazim pun bangun sama macam aku. Pukul 7.35 pagi, kitaorang nak keluar pergi breakfast di kedai As-salam. Masa kitaorang nak keluar rumah, Sabri adik Jazim sampai. Dia datang nak tengok perlawanan bolasepak di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di stadium Bukit Jalil malam esok.

Dah makan, Jazim hantar aku ke pak guard, dia terus pergi kerja. Sampai rumah pukul 7.50 pagi. Aku terus buat kerja nak mandikan kucing. Mula-mula aku mandikan kucing yang berwarna putih dulu. Selebihnya kucing bercolor. Aku mandikan kucing sambil mendengar lagu Maher Zain. Sabri main internet. Selepas itu aku tengok Sabri masuk bilik tidur.

Pukul 10.40 pagi, baru aku habiskan mandi kucing. Kucing yang dah mandi, aku masukkan dalam sangkar. Kipas angin aku buka supaya bulu mereka cepat kering. Aku malas nak buka laptop nanti ada sahaja yang nak di layan. Aku layan dvd cerita "ARN". Masa aku tengok dvd, nasib baik aku ternampak Toby nak mating dengan Suzzie. Aku lekas-lekas asingkan Toby. Toby, aku masukkan balik dalam sangkar dia. Boring aku tengok cerita dvd itu. Aku tutup tv, aku lepak atas sofa.

Pukul 12.20 tengahari, Jazim telefon aku. Dia nak ajak pergi lunch. Jazim suruh aku tanya pada Sabri. Sabri masa itu dah bangun, tengah main internet. Aku cuba nak cakap loghat Kelantan. Bunyinya semacam aje. Jazim gelakkan aku. Sabri tidak mahu lunch sebab dia dah beli makanan di LRT Star Ampang tadi.

Selepas makan kitaorang balik ke rumah. Jazim berehat sekejap. Aku tengok tv. Pukul 2 lebih, baru Jazim pergi pejabat balik. Aku tengok bilik kucing sekejap selepas itu aku tidur kejap atas sofa. Pukul 6 lebih Jazim balik dari pejabat. Masa itu aku tengah bersihkan bilik kucing. Jazim terus bagi makan ubat dekat kucing-kucing.

Pukul 8 lebih, kitaorang pergi dinner. Sebelum itu hantar Sabri dekat LRT Ampang. Dia nak pergi Damasara. Sabri tidak join kitaorang. Masa hantar Sabri, hujan renyai. Aku dan Jazim makan di Kedai Mek Kelantan. Habis makan kitaorang balik rumah. Sampai rumah kitaorang tengok tv. Masa aku nak tidur, hujan turun dengan lebatnya. Jazim dah tidur awal.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.