Aku balik dari rumah Adam pukul 12.30 tengahari selepas kitaorang lunch. Adam hantar aku sampai rumah. Adam lepak rumah aku sampai Noi telefon aku. Pukul 3.40 petang, aku nak keluar dengan Noi. Adam pun beredar dari rumah aku.
Kitaorang nak pergi ke Lowyat, saja-saja nak tengok dekat sana. Masa itu dah dekat 5.20 petang. Kitaorang minum kopi di BB Plaza. Masa aku lepak sorang sebab Noi betulkan iPhonenya, tiba-tiba aku ternampak Rahim dan Zam tengah berjalan. Aku tegur dan mereka lepak bersama aku. Mereka baru balik dari karaoke. Kitaorang berbual panjang sampai Noi tiba. Kitaorang sambung bersembang.
Pukul 7 lebih, kitaorang pergi Pavillion sebab nak makan malam. Kitaorang makan di food court tingkat bawah. Kitaorang sembang lagi sampai food court itu nak tutup. Selepas makan kitaorang berpisah. Aku dan Noi balik ke rumah aku. Kitaorang nak minum kopi di OldTown di area rumah aku. Pukul 11.40 malam baru aku balik rumah aku.
No comments:
Post a Comment