Hello There!

Tuesday, June 22, 2010

Isnin 21/06/2010

Masa nak lunch pukul 12.58, Jazim kol aku. Aku tak angkat. Aku kol balik. Jazim berada di Prince Court. Jazim bagitau aku, telinga dia kurang dengar. Jazim nak buat check up. pukul 3.21 petang, Mama kol aku bagitau kalau boleh datang rumah Jazim petang ne temankan Jazim sebab Jazim asyik nak pitam. Mama risau nanti macam mana Jazim nak drive balik rumah. Aku cakap kat Mama nanti aku tanya macam mana dia. Pukul 3.20, aku sms Jazim tanya macam mana dia. Pukul 3.35, Jazim balas balik sms aku. Jazim kata doktor suspect virus infection dekat system sarat dia. Doktor tak cakap pulak sebab dia ambik Taurine. Pastu pukul 4.15 petang, Jazim kol aku, suruh aku datang rumah dia sebab dia balik lambat banyak kerja nak buat, takuk lak anak-anak kondi kelaparan. Aku cakap ok jer.

Selepas kerja pukul 5.35 petang, aku balik gan Jo naik motor. Sampai rumah aku, aku simpan helmet dulu pastu aku terus ke perhentian teksi. Aku cakap nak ke Ampang. Abang teksi tak mau pergi. Ok ke LRT Wangsamaju pulak. Masa dalam LRT pukul 6.10, Jazim kol aku tanya aku kat mana. Aku baru sampai Damai. Pukul 6.55, Jazim kol aku dari opis dia, masa tu aku baru sampai ke stesen Ampang. Sampai rumah Jazim pukul 7.15 malam.

Sampai rumah tukar baju, basuh kaki, aku terus bersihkan bilik kucing. Aku bagi makan, ubat, bersihkan mata. Pukul 7.45 malam, Kay kay nama perempuan cina dari Conway datang nak servis water filter. Jazim ada cakap kat aku, orang dari Conway nak datang rumah nak buat servis. Masa tu aku baru nak bersihkan Angel. Kay kay buat servis biasa jer, nanti bulan October baru kena tukar filter. Kay kay nak berbual gan aku, aku cakap aku nak bersihkan Angel dulu. Angel dah lapar. Habis bersihkan Angel, baru aku jumpa Kay kay. Kay kay dah siap kerja, dia bagi surat untuk aku sign dan kad dia. Kay kay kata kalau ada kawan nak beli water filter, kol dia. Tepat pukul 8 Kay kay balik.

Pukul 8.15 malam, Jazim pun sampai rumah. Kitaorang tak dinner. Jazim dah dinner dulu. Jazim citer bagus sangat kat Prince Court. Bag ubat pun klas. Jazim citer doktor bagi ubat, tengok macam mana dulu, dalam masa 10 hari datang buat check up lagi. Masa Jazim nak masuk rumah, Jazim tengah bersembang gan DD. Jazim cakap DD citer, rumah sebelah rumah DD baru kena masuk orang. Tak salah aku orang tu baru jer berpindah masuk rumah tu. Nasib baik barang kecik jer yang hilang. Jazim suruh aku berhati-hati sikit. Aku cakap tolong betulkan tingkap bilik tidur kau tu. Jazim kata maybe nak pasang grille kat kedua-dua bilik tidur. Tingkap bilik air Jazim dah tutup rapat. Pastu aku citer pasal Kay kay datang tadi buat servis water filter. Masa tu kitaorang tengok "So you think you can dance". Mama sms aku tanya Jazim dah balik ke belum. Aku jawab baru sampai rumah jer. Kitaorang tidur lambat sikit sebab nak tunggu keputusan citer menari tu. Jazim tak tahan nyantuk pukul 11.20 malam, Jazim dah masuk tidur. Aku tengok sampai habis citer tu.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.