Hello There!

Tuesday, June 22, 2010

Ahad 20/06/2010

Bangun pukul 6.30 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pukul 7.30 pagi siap semua. Anak-anak kondi semalam dah vaksin, pagi ne semua lemah jer, yang paling ketara Cassie. Jazim bagi makan ID pun Cassie tak nak makan. Alhamdulilah Haiqal, Joey dan Suzzy nak gak makan. Jazim dah risau pasal Cassie, takut terjadi macam Novella. Aku cakap nanti baiklah tu. Aku terus gi mandi. Pas mandi aku baca novel. Aku datang semalam rumah Jazim, aku tak bawak notebook. Jazim kata nak sambung tidur balik nanti pukul 8.30 kejutkan dia.

Pukul 9.05 pagi, kitaorang gi breakfast, ingatkan nak gi kedai Kak Mah. Tengok-tengok kedai Kak Mah masih tutup lagi. Kata Jazim dah seminggu kedai Kak Mah tutup. Kitaorang terus gi payung merah. Jazim makan nasi lemak plus teh tarik, aku makan bihun goreng gan telur sambal plus limau suam. Kitaorang order telur setengah masak sorang 2 biji. Masa nak bayar, Jazim terjumpa kawan dia. Pas breakfast Jazim nak gi opis sebab hari isnin dia ada exam. Aku balik rumah.

Sampai rumah aku sambung baca novel "Cinta Sufi" karya Ramlee Awang Murshid. Aku suka hasil tulisan novelis thriller no. 1 Malaysia tu. Aku baca novel dalam bilik kucing sebab berair-cond. Aku lihat Cassie dah mula aktif dan makan. Aku terus sms Jazim bagitau dia. Jazim kol aku tanya betul ke. Jazim dah kol Dr. Sumitra bagitau Cassie lemah. Dr. Sumitra kata biasalah tu, u don't worry. Jazim kata mestilah i worry. Pastu Masri kol aku, ajak breakfast. Aku kata dah breakfast. Masri pun nak datang rumah Jazim jumpa aku. Masri cakap dia makan roti dulu kat rumah, tunggu sampai lunch. Masri sampai rumah Jazim pukul 10.50 pagi. Masri bawak teh tarik dan kuih plus keropok. Pas makan Masri pun buka citer sedih dia. Perlawanan boling dia kalah, dapat nombor 12 dan citer-citer lain lagi. Masri tanya aku bila nak gi London. Aku cakap hujung tahunlah. Aku bawak duit tiket jer yang lain kau spedo aku. Senang sikit sebab Masri dah ada apartment kat sana. Nanti aku gi gan Jazim dan Mama. aku nak gi seminggu kat sana. Aku kol Jazim bagitau Masri datang rumah. Aku tanya pukul berapa Jazim nak balik rumah, boleh gi lunch sama. Jazim kata dia balik lambat sebab nak print banyak, kalau nak gi lunch gi lah dulu.

Pukul 2.30 petang, aku dan Masri lunch kat Pak Don. Aku makan lauk jer gan limau suam. Lepak sampai 3.15. Pas makan Masri nak tukar duit pound. Kitaorang gi Ampang Point. Sebelum tu Masri kol K.L Sentral dan Midvalley. tanya tukaran duit pound. Sampai Ampang Point nak cari parking punyalah susah. Kitaorang tersu gi kedai money changer. Tengok-tengok tukaran duit pound rendah. Masri tak jadi tukar. Pastu kitaorang beli buah dan aku beli rojak buah. Masri nak balik cepat sebab flight dia ke London malam ne pukul 11.45 malam. Masri balik cuti dah 2 minggu kat K.L, sebab Petronas ada buat perlawanan antara jabatan. Kitaorang terus balik rumah Jazim. On the way nak balik, kitaorang singgah nak beli goreng pisang kat Masri yang paling sedap. Masri parking kereta tepi jalan, aku turun dari kereta Honda biru nak beli goreng pisang. Tengok-tengok abang tu baru tengah mengoreng, ada 2 pelanggan tengah tunggu. Kitaorang malas nak tunggu lagipun Jazim dah kol aku dia nak sampai rumah sebab Jazim tak bawak kunci rumah. Masri turunkan aku kat pak guard jer. Aku salam gan Masri semuga berjumpa lagi.

Sampai kat rumah, tengok kucing kejap, Jazim pun sampai rumah. Jazim bawak balik dari opis sijil OT dan Bubble. Lepas masukkan dalam file, Jazim ajak gi Great Eastern Mall nak beli Taurine kat GNC. Masa dalam kereta nak gi sana, Azmi kol aku, tanya aku kat mana. Azmi ada kat area rumah aku Taman Permata, dia ingatkan aku ada sana. Sampai kat GNC, Alex yang  bangsa cina layan kitaorang memang pandai berniaga, dari nak beli Taurine terus jadi member GNC, dah kena tambah duit lag. Dia suruh beli itu dan ini nanti boleh dapat discount. Jazim beli Taurine jer 500g rm60. Pas beli Taurine, Jazim nak belanja aku Starbuck. Masa kitaorang nak gi Starbuck, kitaorang ternampak Zaid Petronas gan family dia tengah shopping. Kitaorang tengok dari jauh jer. Sampai kat Starbuck, aku minum caramel latte, Jazim minum coffee of the day. Kitaorang lepak sampai pukul 5.45 petang. 

Masa nak balik rumah DD kol aku, tanya nak beli tiket Singapore kat mana. Sampai rumah, bersihkan bilik kucing. Bagi makan ubat kat Joey, Jazim potong 8 bahagian pil Taurine sebab Dr. Sumitra suruh, pastu bagi makan kat Cassie. Jazim pun makan 1 biji. Habis bersihkan kucing, kitaorang tengok website "The Banjaran" kat Ipoh. Wow mahalnya hotel dia. Pastu tengok website "Airasia dan MAS", nak tengok harga tiket ke London, airasia murah lagi. Pas mandi kitaorang tengok "Kimora the fab lane". Jazim kata dia sakit kepala lepas makan Taurine. Jazim ting tong kejap. Habis citer Kimora, kitaorang gi dinner kat kedai Mek Kelantan. Jazim makan sup perut plus air barli, aku minum limau suam jer. Pas makan Jazim hantar aku balik rumah.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.