Hello There!

Monday, June 28, 2010

Sabtu 26/06/2010

Semalam Jazim datang rumah aku. Pukul 8.20 malam dah sampai bawah rumah. Kitaorang dinner kat kedai mee kari. Jazim makan nasi lemak rendang plus teh o panas. Aku minum limau suam jer. 

Bangun 6.30 pagi. Jazim bersihkan bilik kucing. Aku mandikan anak-anak kondi, Haiqal, Ot, Bubble dan Marissa. Toby, Jazim dah mandikan semalam. Habis semua kerja, aku gi mandi. Jazim tengok dvd konsert Celine Dion sambil membersihkan water filter. Habis bersihkan water filter, Jazim gi mandi.

Pukul 9.15 pagi, kitaorang hantar Angel dan Marissa cukur bulu. Temujanji gan Sam pukul 9.30 pagi. Tak lama dalam seminggu ne, Angel nak beranak, kalau dah cukur bulu senang sikit nanti darah tak melekat kat bulu. Jazim dah jumpa Sam, cakap Kat Sam nak cukur lion cut. Pastu kitaorang gi Ampang Putri lak. Jazim nak ambik ubat dua. Nama ubat tu Euthyrox Levothyronne Tab 25MCG dan 50MCG.

Pas gi Ampang Putri, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Aku makan roti telur bawang plus limau suam. Jazim makan nasi berlauk gan ayam goreng plus teh ais. Habis makan kitaorang terus gi Uptown. On the way ke sana, Sam kol kata kucing dah siap cukur bulu. Pukul 12 nanti kitaorang datang ambik kucing. Umi pun ada kol Jazim, kata nak datang rumah gak.

Sampai kat Uptown, kitaorang dah salah parking kereta. Kitaorang kenalah tawaf 1 pusingan nak ke kedai kucing. Jazim sebenarnya nak beli shampoo yang boleh memutihkan muka dan kaki Toby. Kitaorang masuk kedai "Uptown", ada 1 perempuan cina tanya nak beli apa. Jazim cakap nak cari barang putihkan muka kucing. Perempuan tu pun tunjukkan "Super Bright Shampoo" kat kitaorang. Ada 2 jenis shampoo perempuan cina tu tunjukkan tapi "Super Bright Shampoo macam menarik. So Jazim pun beli shampoo tu dengan harga rm38, dapat discount lagi. Tengok ketip kuku yang besar ada yang kecil takde, tak jadi beli. Dah bayar kitaorang gi selang 3 kedai tadi masuk ke kedai baru. Tengok ketip kuku kecil ada jual, terus beli harga rm10, dapat discount lagi.

Habis beli, kitaorang balik ke Ampang, nak ambik Angel dan Marissa kat Ara. Sampai kat Ara, Jazim tunggu dalam kereta. Aku gi bayar rm100 untuk 2 kucing kat kaunter dan masukkan Angel dan Marissa dalam kereta. Pastu terus balik rumah. Sampai kat rumah, aku lepaskan Angel Dan Marissa. Aku cuba shampoo baru kat Toby. Aku mandikan Toby gan shampoo tu. Jazim pun tolong bersihkan muka Toby gan sedikit shampoo tu. Masa kitaorang sampai rumah, tak lama kemudian Umi gan family dia pun sampai kat rumah Jazim. Berkesan ke tidak shampoo tu, kitaorang kena pakai selalulah kat Toby, tengok macam mana nantikan.

Habis pukul 1 petang. Jazim kata nak tidur dulu. Pukul 2 kejutkan dia. Aku sambung balik kerja aku tampal gambar anak-anak kondi dalam dairi aku. Pukul 2 jazim dah bangun sendiri terus ke laptop. Masa dinner semalam kawan sekolah Jazim kol kata nak email cv, nak cuba cari kerja kat Petronas. Jazim amend sikit cv dia. Aku terus gi mandi dan kemas baju. Jazim kata nak hantar baju gosok kat ENI. Habis buat cv, Jazim terus mandi dan kemas baju.

TRIP KE MELAKA
Pukul 3.15 petang kitaorang pun keluar rumah gi hantar baju gosok kat ENI. Pastu ke Pak Don gi lunch. Pas makan kitaorang terus ke Melaka. Masuk ke jalan MRR2 jem. Cuaca kat luar kereta agak mendung. Rupa-rupanya jalan kat sebelah ada kemalangan, semua orang nak tengok, patutlah jem. Dalam kereta pasang lagu Celine Dion, Jazim pun apa lagi nyanyilah tak sedap lansung, peminat Celine katakan.

Tepat pukul 4 petang kitaorang dah sampai di Tol Sungai Besi. Pukul 4.30 sampai kat Seremban. Signboard menunujukkan Simpang Ampat 5km lagi. Pukul 4.54, kitaorang sampai di Tol Simpang Ampat. Jazim memandu di lorong smart tag tol rm13.60. On the way nak gi rumah Mama, kitaorang singgah dulu di Maybank, Jazim nak keluarkan duit. Pukul 5.35 petang, kitaorang sampai kat rumah Mama. Masuk rumah sembang-sembang, aku terus ambik gambar rumah Mama, dalam dan luar.

Kereta Mama

Rumah Mama














Showroom Ikea

Cantik kan langsir Mama

Landscape buatan Mama

Aku nak jumpa Mok-mok, mok-mok dah sombong, tak kenal kitaorang lagi. Temujanji gan Izan pukul 7.30 malam. Kitaorang tengok t.v kejap pastu bersiap nak gi dinner. Pukul 7.30, kitaorang dah sampai kat kedai makan. Tempat kedai makan tak jauh dari rumah Mama. Kat situ ada 2 tempat makan. 1 "Sunrise" 1 lagi "Bert Garden". Jazim kol Izan tanya nak makan kat mana. Kedai Sunrise ala-ala jer kata Izan, so kitaorang gi makan kat "Bert Garden". Sampai kat meja, kitaorang order dulu air kelapa 3 biji. Mula-mula nak tunggu Izan dan Harry sampai baru nak order makanan tapi mereka sampai lambat sikit so kitaorang order starter dulu. Kitaorang order Ikan Bilis goreng, wow sedap. Pastu kitaorang ambil keputusan nak order main course takut nanti lambat buatkan, so kitaorang pun buat order, masa tu Jazim kol Izan tanya mereka nak makan apa. Last-last tunggu mereka sampai buat order sendiri lagi senang. Masa nak menunggu makanan sampai, kitaorang sempat ambik gambar dipersekitaran "Bert Garden". Ne lah gambar makanan kitaorang makan.....sedap.


Menu Bert Garden

Tempat Makan Sebelah laut


Spaghetti Shrimp - Mama punya

Salad Prawn dan Mushroom soup - Aku punya

Crabs Black Pepper - Sedap giler - Jazim order

Ikan Jenak - Jazim order

Pintu Masuk

Bil

Semua makanan diatas ditaja oleh Jazim. Terima kasih daun keladi. Jazim belanja sempena ...... biarlah hanya kawan baik saja yang tau hehehe. Makanan Izan dan Harry aku lupa nak ambik gambar, alah mereka makan Chicken Chop black pepper jer. Pas makan dan ambik gambar, kitaorang sembang sampai pukul 9.30 malam. Habis makan kitaorang terus gi sungai Melaka tengok penutupan "Pesta Sungai Melaka 2010. Sampai kat sana bunga api dah nak start, cantik, lucky draw pun ada, artis Black dan Haida pun ada. Kitaorang jumpa Nazim dan family dia kat sana gak, cute anak-anak dia.


Habis pertunjukkan kitaorang ke "Jonker Walk" nak minum kopi. Kitaorang ramai-ramai jalan kaki. On the way gi sana, kitaorang lalu kat sungai Melaka. Ramai orang yang nak naik boat. Kitaorang singgah kat "Uptown" tengok barang-barang yang dijual. Sampai kat kedai "Calathe Coffee", mula-mula kitaorang nak duduk kat luar tapi ada bau sikit terus kitaorang duduk kat dalam. Kedai tu ada jual bermacam-macam kopi dari utara hingga selatan. Minum kopi pun ditaja oleh Jazim. Kitaorang bersembang lagi sampai pukul 12 lebih. Pas minum kopi kitaorang jalan kaki balik ke tempat letak kereta. Kitaorang pun balik rumah. Sebelum sampai rumah Mama, kitaorang singgah kat logo "1 Malaysia". Pastu terus balik rumah Mama tidur.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.