Hello There!

Sunday, August 15, 2010

Ahad 15/08/2010

Jazim dah dulu nak bersahur. Aku tak tau dia bangun pukul berapa. Aku dah set jam pukul 4 pagi. Tiba-tiba Jazim kejut aku sebelum pukul 4. Aku bangun nak goreng telur. Jazim tak nak lak telur goreng. Nasi aku dah masak semalam sebelum aku masuk tidur. Jazim makan nasi putih jer gan kurma.

Aku bangun 8.30 pagi. Jazim dah bangun awal. Dia dah bersihkan semua kucing. Jazim nak gi opis dia. Dia nak print kontrak kucing yang orang dah booking. Pukul 9.23 pagi, Jazim kol aku dari opis dia. Kata nak cukur bulu Toby dan Joey. Aku tanya pukul berapa nak cukur bulu. Jazim kata pukul 10.30 pagi. Pukul 9.55 pagi, Jazim kol lagi dari hp dia, suruh aku tunggu kat lobby bawak kucing sekali. Kitaorang terus gi ke kedai Ara. Kitaorang jumpa Sam, cakap macam mana nak cukur pastu kitaorang keluar nak gi PJ.

Kitaorang nak gi kedai kucing "Sea Park Pet Supplies S/B. kat PJ. Masa dalam kereta, Jazim kol Mama. Sembang-sembang agak lama. Jazim dah tengok dalam Google kat mana kedai tu. tak susah nak cari kedai tu. Kitaorang gi sana masuk dalam UM dulu, jalan shortcut. Ada beberapa kedai kucing kat sana. Kedai Sea Park Pet memang besar. Brand 1 All System banyak ada kat sana. Jazim beli tempat kepala air botol dan pewangi bilik haruman "Natural". Semua harga rm40.

Pukul 11.15 pagi, kitaorang nak balik ke Ampang lak. Masa dalam kereta ke sana, Sam dah kol kata dah siap cukur bulu. Sampai kat Ara dah pukul 12.15 tengahari. Masa kitaorang nak masuk ke Ara. Kitaorang ternampak Han Isaac baru nak balik dari Ara. Dia pun hantar kucing kat Ara. Kat Ara orang ramai datang. Kitaorang terus masuk dalam jumpa Sam. Kitaorang tengok Toby dan Joey dulu selepas cuku bulu. Toby cukur bulu seluruh badan kecuali ekor tak cukur. Joey pulak cukur bawah badan nak hilangkan warna kuning tu. Dah siap dan batar kat kaunter rm60. Kitaorang terus balik rumah. 

Sampai kat rumah dah pukul 12.30 tengahari. Kemaskan kucing-kucing. Pastu Jazim tidur kat lantai, aku buat blog tapi mata aku pun nyantuk. Aku pun tidur atas sofa. Bangun pukul 2.30 petang. Jazim terus bukak tv sebab nak tengok rancangan Nona.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.