Selamat berbuka puasa kepada semua.
Hari ne aku cuti sempena hari pertama puasa. Pagi tadi aku lambat bangun untuk bersahur, nasib baik belum pukul 6 pagi lagi. Semalam aku set jam pukul 2 pagi sebab nak tengok Otty, Otty belum beranak lagi. Pastu aku lupa nak set jam balik pukul 4 pagi. Nasib baik Jazim sedar pukul 4.50 pagi. Aku tak sempat nak goreng telur. Nasib baik Mek Jazim bawak serunding tempoh hari bila Mek datang. Nasi dah Jazim masak awal-awal lagi. Jazim makan serunding gan nasi putih jer. Aku tak makan cuma makan kurma gan air sebab semalam makan asam pedas masih kenyang lagi.
Hari ne aku asyik tidur jer, yalah nak buat apa lagikan takkan nak makan lak. Bangun aku up-date blog. Tengahari aku jumpa kawan dan tengok wayang. Balik rumah Otty tak beranak lagi. Pukul 3.45 petang, aku tengok Otty dah ada kat dalam kotak. Otty duduk lama sangat kat dalam tu. Aku ingat dia dah nak beranak, tiba-tiba Otty keluar terus pose cantik duduk depan pintu.
Petang, Jazim dah balik kerja. Bersihkan anak-anak dia, pastu kitaorang gi Taman Muhibah nak beli makanan untuk berbuka puasa. Jazim beli makanan kegemaran dia, aku beli kuih jer. Air markisa, aku dah buat. Pukul 8.45 malam, Jazim nak gunting rambut kat kedai biasa. Sampai kat sana, sorang tengah gunting rambut, ada sorang lagi tengah tunggu. Jazim orang ke 3. Pukul 9.35 malam baru habis gunting rambut. Kitaorang terus balik rumah. Otty belum beranak lagi, masih pose cantik jer kat depan pintu.
Malam ne terpaksa jaga lagi. Bila lah Otty nak beranak kan. Dah nak dekat 70 hari.
No comments:
Post a Comment