Hello There!

Sunday, August 8, 2010

Selamat Berpuasa


4 hari lagi kita akan menyambut bulan yang mulia ne iaitu "Bulan Ramadhan Al-Mubarak". Masa bulan ne semua aktiviti akan diperlahan atau diberhentikan untuk sementara waktu untuk menghormati pada bulan yang mulia ini. 


Setiap kali sampai bulan ramadhan, aku akan pastikan bos aku sudah siapkan tarikh bila nak start cuti. Setiap tahun tak kira hari raya atau hari raya cina mesti cuti 1 minggu. Tahun ne hari raya jatuh hari jumaat dan sabtu, opis aku tutup mulai hari isnin 13/09/2010 sampai hari jumaat sebab hari khamis 16/09/2010 sudah cuti umum "1Malaysia". 


Walaupun bos aku orang cina, dia bertindak adil terhadap pekerja orang melayu macam aku. Ya la staf dia semua orang melayu, takde bangsa lain. Yang paling penting sekali setiap kali nak datangnya hari raya pasti ada BONUS. Tak tahulah tahun ne dapat berapa bulan. Tahun lepas alhamdulilah, dan yang paling penting segala penting, aku dah beli tiket bas untuk hari raya. Horay. Macam tahun-tahun lepas, belum start puasa lagi, aku dah beli tiket raya.


Aku balik kampung hari rabu 08/09/2010, bas aku pukul 10.30 pagi. Pudu raya belum siap lagi, kenalah gi kat Bukit Jalil. Siapa yang belum beli tiket, mmm cepat nanti habis terus gigit jari. Wah ne puasa pun belum start lagi, aku dah fikir tahun ne nak warna apa lak untuk baju melayu aku. Tahun lepas aku dan Jazim beli baju melayu dari "Salikin Sidek" kat Ampang Park. Aku punya baju jalur warna cokelat gan songkok tinggi macam zaman P.Ramlee. Beratus gak habis dibuatnya. Aku rasa tahun ne aku nak pilih warna merah garang sebab aku belum ada warna tu lagi atau warna oren. Nak beli kain suruh orang buat ke atau nak beli yang dah siap, tu aku belum buat keputusan lagi. kalau nak suruh orang buat kenalah beli kain cepat-cepat takut nanti lambat siap lak. 


Yalah belum start puasa lagi, orang dah sibuk hantar sampel kuih raya. Macam-macam saiz, warna, bentuk dan rasa. Tunjuk jer kuih yang mana suka janji ada ongkosnya. Aku tak tau lagi nak beli ke tidak kuih untuk mak aku. Tahun lepas aku buang tabiat sikit, aku beli agak banyak kuih untuk mak aku. Aku beli semua yang agak rapuh pembuatannya. Nak dijadikan citer, aku masukkan dalam 1 bag plastik yang cantik dan mahal. Aku letakkan kat tepi tempat duduk aku. Aku tak ganggu atau takde orang pun yang ganggu kuih aku. Sampai kat rumah mak aku, boleh dikatakan semua kuih yang aku bawak dari K.L hancur dalam tapeware. Aku benggang giler, dahlah aku bawak dah berat sampai rumah hancur lak. Aku macam dah tawar hati nak beli kuih lagi. Kalau aku nak bagi kat mak aku, aku beli jer kat J.B.


Masa aku tulis ne, dah pukul 1.40 pagi, aku menunggu Bubble masih belum beranak lagi. Aku tak boleh tidur. Aku tidur kat bilik Jazim sebab bilik yang aku selalu tidur, adik Jazim Khairul dah tidur. Harap-harap nanti bila aku tertidur taklah terdengar suara aku (berdengkur) yang boleh mengejutkan Jazim bangun dari tidur. Hehehe. 


Bubble bila kau nak beranak ne. Nanti tunggu punya tunggu hari orang bekerja kau nak beranak lak. Dah pukul 2.10 pagi. Aku gi bilik nak tengok Bubble, mmm dia pose cantik lak. Kata Jazim esok kalau tak beranak, Jazim nak bawak gi jumpa Dr. Jon, nak injet biar keluar anak tu.


Ok, aku nak tidur kejap.




No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.