Hello There!

Monday, August 23, 2010

Isnin 23/08/2010 Sakura Kristal @ Melawati


Tauhu telur

Kerabu mangga campur ayam goreng

Tomyam seafood

Daging masak kicap halia

Air manggo dan air tembikai

Sedikit buah-buahan

Banana split (share)
Sekarang ne aku ambik gambar secara grafik sikit, kalau tak gambar macam tak bermaya jer hehehe.

Hari ne aku berbuka puasa kat "Sakura Kristal" kat Melawati. Semalam dah janji gan Ghani nak buka kat sana. Aku dah buat booking untuk 2 orang. Aku ingat nak makan buffet. Kat Sakura Kristal dari hari isnin hingga rabu alakat, untuk buffet buka puasa dari hari khamis hingga ahad. Hari khamis sudah penuh booking, tinggal hari jumaat hingga ahad jer yang masih kosong lagi. Orang dewasa rm36 dan kanak-kanak rm18.

Aku dah sampai rumah pukul 5.20 petang. Aku siapkan diri. Pukul 6 petang Ghani sampai kat rumah aku. Kitaorang jalan-jalan dulu kat bazar ramadan Melawati. Orang punyalah ramai nak beli makanan, sampai jalan pun jem. Pukul 7.15, kitaorang sampai kat sakura. Orang kat sana pun ramai gak. Selang beberapa minit makanan kitaorang pun dah sampai. Aku dah order awal-awal lagi. Buah kurma pun disertakan sekali. Aku macam biasa ratah lauk jer. Aku kadang-kadang hairan gak, masa kita nak berbuka, masa tulah ada bangsa lain nak makan gak. 

Kitaorang lepak kat sana sampai pukul 8.30 malam. Semua makanan di taja oleh Ghani. Pastu Ghani ajak aku gi WangsaWalk. Dia belum pernah gi kat sana. Sampai sana pukul 9.14 malam. Kitaorang jalan-jalan sambil tengok orang. Aku sempat tengok baju melayu, cantik-cantik gak baju dia. Pastu kitaorang gi kedai buku "Popular". Dah ronda-ronda, kitaorang balik ke rumah aku, sebelum tu pi kena teh tarik kat kedai mee kari dulu. Pukul 10.45 malam, baru masuk rumah aku.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.