Pukul 7.30 pagi, Jazim sms aku, tanya aku dah bangun ke belum. Aku jawab dah. Aku dah bangun awal lepas sahur pukul 4.30 pagi, aku dah tak tidur. Aku sambung buat blog sebab semalam rumah aku takde elektrik dari pukul 6.35 petang sampai pagi ne. Jazim sms aku lagi cakap lagi 15 minit dia sampai rumah aku. Semalam Jazim nak ambik aku, dia dah tak larat selepas dia dah mandikan Toby, Joey dan Suzzy.
Pukul 8.20 pagi, Jazim sampai rumah aku. Jazim ternampak ada orang jual daging seberang jalan depan kedai OldTown. Dia nak beli daging nak buat daging goreng. Kitaorang gi kat orang jual daging. Orang ramai gak kat situ. Jazim beli daging setengah kilo jer. Abang yang jual daging kata, cukup ke setengah kilo ne.
Dah habis kitaorang terus ke Ampang. Sebelum balik rumah, Jazim nak gi Tesco dulu. Dia nak beli shampoo rambut dia sebab dah habis. Selesai kitaorang terus balik rumah. Sampai rumah dah pukul 9.20 pagi. Masa aku dan Jazim nak naik rumah, aku terserempak gan client aku. Dia yang sapa aku dulu. Semalam baru dia datang opis aku. Aku dah tak ingat rupa dia. Dia tinggal bawah rumah Jazim.
Pukul 10.21 pagi, Jazim nak gi Sea park pet. Sampai sana pukul 11.02 pagi, nak cari parking susah sangat. Jazim nak beli shampoo 1 All System untuk "Pure white lightening" harga rm200 dapat discount rm185, 1 gallon. Jazim nak beli botol kecik takde lak terpaksalah beli botol yang besar. Pastu kitaorang balik rumah. Sampai rumah dah pukul 12.20 tengahari. Jazim terus tidur, aku sambung buat blog. Umi datang anak beranak. Jazim bangun. Umi nak ambik hp dia tertinggal. Sempat tengok anak-anak kondi pastu nak keluar jalan-jalan. Umi dah balik, kitaorang tengok citer hindustan kat tv2.
Pukul 4.35 petang, Kelana kol Jazim, kata nak datang rumah. Dia nak bawak 1 family yang nak tengok kucing. Pukul 4.57 petang Kelana sampai gan family tu. Mereka akan fikir dulu. Aku dan Jazim buka kat rumah. Jazim nak masak daging goreng jer, nanti kalau lapar kitaorang keluar makan. Kelana belum balik lagi. Kitaorang dah nak masak ne.
Pukul 5.50 petang, Kelana dah balik. Jazim dah nak mula masak . Jazim potong daging dan rebus dulu, pastu baru masak. Kitaorang makan daging goreng dan telur goreng plus air markisa jer, kepada mama selamat berbuka puasa dari kami disini. Byeee
No comments:
Post a Comment