Hello There!

Thursday, August 12, 2010

Khamis 12/08/2010

Selamat berbuka puasa kepada semua.

Sudah 2 hari kita berpuasa, syukur kepada ilahi semua berjalan lancar dan cuaca pun sangat baik  pada bulan ramadan ne. Hujan sekali sekala takpelah. Kesian gak pada peniaga bazar ramadan kan, apa nak buat nak cari rezeki bukan perkara mudah.

Pukul 2 pagi aku bangun. Aku tengok Otty dah masuk dalam kotak. Lama dia dalam kotak. Aku kejutkan Jazim suruh bangun. Jazim nak bangun, Otty dah keluar dari kotak. Hehehe. Pastu aku sambung tidur balik. Jazim pun tidur balik. Pukul 4 pagi, aku sedar. Aku tengok Otty masih pose cantik lagi. Aku kejut Jazim untuk sahur. Jazim tak bangun. Aku sahur gan makanan aku beli untuk berbuka masih ada lagi. Malas lak nak goreng telur. Jazim dah masak nasi masa nak berbuka tadi. Dah sahur aku bersihkan bilik kucing. Pukul 4.30 pagi, aku sambung tidur balik. Masa aku nak tidur balik, aku tengok Otty kejap. Otty dah keluar darah dari bontot dia. Aku cakap kat Jazim. Pukul 5 pagi, Jazim bangun dan bersahur. Kitaorang rasa hari ne Otty beranak. Pukul 6.30 pagi, aku bangun tidur. Jazim dah risau, dia "EL" hari ne, takut Otty nak beranak. Pukul 7.30 pagi, aku gi kerja.

Pukul 2.25 petang, Jazim kol aku, bagitau Otty dah beranak. Otty beranak keluar seekor jer anak dia. Anak betina, warna ikut Otty. Otty beranak dalam kotak. Jazim tak perasan pun Otty dah beranak. Syukur akhirnya Otty dah beranak. Segala penantian dan kepenatan berakhir. Sekarang dah boleh tidur gan lena. Walaupun keluar sekor jadilah. Masa mating gan Toby tak banyak kali maybe tulah dapat anak sekor jer kot. Sekarang tinggal Fiona lak nak beranak. Fiona beranak pas raya. sekarang ne dah trend kot, kucing beranak di siang hari. Aku tengok record balik dah 4 ekor kucing beranak disiang hari.

Tahun 2009

1) SurpriseMarissa melahirkan 4 ekor anak pada hari rabu pukul 2.45 pagi - 20/05/2009
    *Princess Rosalinda
    *Princess Novella
    *Prince Aaron
    *Princess Priscilla

Tahun 2010

1) SurpriseMarissa beranak pada hari jumaat petang - 05/02/2010
    *Prince Haiqal

1) AngelRegina melahirkan 4 ekor anak pada hari khamis subuh - 11/03/2010
    *Prince Cassie
    *Princess Suzzy
    *Prince Oscar
    *Prince Joey

2) AngelRegina melahirkan 4 ekor anak pada hari isnin tengahari - 05/07/2010
    *Princess Micky
    *Princess Darleen
    *Prince Carlos
    *Prince Tommy

3) Bubble melahirkan 5 ekor anak pada hari isnin petang - 02/08/2010
     *Prince Marcello
     *Prince Dominic
     *Prince Rocky
     *Prince Jack
     *Princess Anabel

4) Oktavia melahirkan 1 ekor anak pada hari khamis petang - 12/08/2010
     *Belum bagi nama lagi. 

Fiona maybe pun beranak disiang hari gak. Bulan puasa aku balik kerja pukul 5 petang. Selalunya 5.30 petang. Balik cepat atau lambat sama jer, aku bukan nak masak pun. Main beli jer. Petang ne aku tak balik rumah Jazim. Aku dah sms dia. Malam nanti aku nak jumpa kawan aku. 

Selamat berbuka.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.