Aku balik dari rumah Jazim pukul 9.20 malam. Aku nak jumpa kawan aku, lagipun family Jazim nak sampai dari Kelantan lebih kurang pukul 11 lebih malam. Kawan aku tunggu aku kat Petronas yang baru bina sebelah rumah Jazim. Citer "Laila Asyikin" aku miss lagi. Otty pun belum beranak lagi.
Kawan aku , Edward Yong dah tunggu aku kat Petronas. Pukul 10.15, kitaorang sampai kat "Restoran Istana Bambu". Kitaorang order tomyam seafood, ikan siakap stim, brocoli goreng, nasi putih 1 pinggan jer dan air tembikai 2 (sorry gambar takde). Ed tak pernah gi kat situ lagi. Dia kata tempat menarik dan sesuai untuk sesiapa nak dating. Masa tu orang tak ramai sangat. Makanan kitaorang pun cepat sampai. Aku tak makan nasi, aku nak ratah lauk jer. Ed kata aku macam kucing siam, makan lauk jer. Ketawa aku dengar.
Kitaorang lepak kat situ sampai pukul 11.30 malam. Pastu makan Ed hantar aku balik rumah. Sampai kat rumah aku, kitaorang sambung minum kopi dan sembang lagi kat "Old Town Coffee". Pukul 12.30 malam baru kitaorang balik rumah. Aku mandi dan terus tidur.
No comments:
Post a Comment