Petang habis kerja 5.30, aku rushing nak balik rumah sebab aku ada temujanji. Temujanji aku pukul 6.45 petang. Kawan dari Cheras nak jumpa. Aku bawak dia ke "Sakura Kristral" kat melawati. Kitaorang order ikan kembung garing 3 rasa, sayur kailan ikan masin, nasi putih 1 dan air kelapa 2 (sorry gambar takde). Seperti biasa aku ratah lauk jer.
Kitaorang lepak sembang sampai pukul 8.30 malam. Pas makan terus lepak kat rumah aku. Lepak sampai pukul 10.30 malam. Sebelum dia balik kitaorang minum kopi kat kedai "Haji Anuar" dulu sampai pukul 11.15.
Aku sampai rumah bukak YM, chatting kejap, hp aku berbunyi. Kawan aku nak jumpa lak. Aku keluar lagi nasib baik esok tak kerja. Kitaorang gi "Kampung Baru" minum kopi. Sembang sampai pukul 12.45 malam, Pastu kitaorang ronda-ronda K.L. Pukul 3.15 pagi baru balik rumah aku. Aku terus tidur. Aku set jam pukul 7 pagi. Pukul 7 pagi, aku bangun tidur, mandi terus aku gi rumah Jazim.
No comments:
Post a Comment