Hello There!

Sunday, August 29, 2010

Makan luar bulan puasa 2010

Jumaat 13/08/10
Isnin 16/08/10
Selasa 17/08/10
Isnin 23/08/10
Rabu 25/08/10
Khamis 26/08/10 dan 27/08/10
Pada bulan puasa ne aku dah 6 kali makan kat luar. Selain makan luar, aku gak ada masak kat rumah ajak kawan makan. Kalau nak makan kat hotel tu harga dahlah mahal sangat, nanti makannya seciput jer, rugikan duit aku jer. Dulu-dulu aku kemaruk makan kat hotel.


Aku masih ingat lagi, aku rasa 4 tahun yang lepas kot. Aku bersama kawan aku, Anuar asyik turun naik hotel jer nak berbuka. Ada sekali tu, aku kol 1 hotel kat sebelah Ampang Point. Aku nak buat booking berbuka. Dia kata tak payah booking, meja ada. Sekali aku datang gan Anuar, dia kata meja dah penuh. Apa lagi aku pun naik anginlah. Aku cakap tadi masa aku kol, ada 1 perempuan cakap tak payah booking, aku lupa nak tanya nama perempuan tu lak, tahu-tahu meja dah penuh. Masa tu aku datang baru pukul 6.30 petang. Tak pasal-pasal penyambut tetamu tu sorang perempuan kena marah kat aku. Geramnya aku.


Kitaorang pun terus blah macam tu jer. Dah nak cari kerja lak nak makan kat mana kan. Last-last kitaorang makan kat kedai bekas penyampai radio Era jer. Kitaorang nak makan kat kedai mamak dah jelak. Sampai sekarang aku dah benci hotel tu. 


Tahun ne belum lagi berbuka gan kawan-kawan aku yang lain. Ada gak kawan ajak berbuka sama tapi last minit kansel pulak. Malam ne ada perjumpaan gan budak-budak volleyball. Nisa nak go oversea nak sambung belajar. Aku tak tahu nak gi ke tidak. Kalau rajin aku gi lah.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.