Hello There!

Monday, August 2, 2010

Isnin 02/08/2010

Petang habis kerja, aku jumpa Jazim kat KLCC. Aku sampai sana pukul 6.05 petang terus jumpa kat Burger King. Dah jumpa kitaorang balik rumah terus. Selalunya kitaorang akan gi dinner dulu tapi petang ne kitaorang nak balik rumah terus. KENAPA?, sebab mungkin Bubble nak beranak.

BETUL, kitaorang sampai rumah pukul 6.50, anak Bubble yang pertama dah keluar. Apa lagi kitaorang kelam kabut tukar baju dan Jazim terus settlekan. Aku settlekan bilik kucing dan anak-anak Angel. Bubble beranak anak dia k satu persatu keluar lambat sikit. Bubble melahirkan 4 ekor anak. 2 putih dan 2 macam Toby. Jantan, betina belum tahu lagi. Jazim kata darah banyak keluar. Hampir pukul 8.15 malam baru habis semua. syukur semua dah selamat. Tinggal OT lak nak beranak. Pukul 8.30 kitaorang mandi sebab Amy dan suami dia nak datang rumah nak tengok Haiqal. 

Pukul 9.05 malam, Amy pun sampai. Jazim yang bersembang gan Amy. Aku pastikan bilik kucing berbau wangi dan yang penting aku dah groom Haiqal cantik-cantik. Sekarang Amy dan suami dia berada didalam bilik kucing bersama Jazim. Tak tahulah Amy nak ke tidak. Maybe esok Aini lak nak tengok si Joey, kalau jadi. 

Mereka dah keluar dari bilik kucing. Mereka kata hari khamis mereka datang lagi bawak cage dan bayar ongkosnya. Makin kurang kucing. Mereka dah balik, kitaorang pun gi dinner. Dinner kat Timor Place. Aku order 6 otak-otak rm3 plus limau suam rm2, Jazim order ABC dan kailan ikan masin, semua rm10.50. mahal giler. Dah pasti kitaorang tak nak gi lagi dahlah nak order pun lambat sangat.

Pas makan kitaorang balik rumah. Sampai kat rumah tengok-tengok Bubble beranak 1 lagi. Semua anak Bubble 5 ekor sekarang. Jazim tengah kemaskan. Habis semua kitaorang masuk tidur. Bye.



No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.