Hello There!

Saturday, May 8, 2010

08/05/2010




Rutin pagi seperti biasa. Kitaorang breakfast kat kedai Kak Mah. Pastu kitaorang gi 1 Utama. Kitaorang parking tingkat 3 di 26-3J. Jazim nak cari baju kerja kat Padini. Pusing punya pusing baru jumpa, yalah kan 1 Utama tu besar. Masuk kat kedai tu semua jenama terkenal ada. Check punya check takde yang suka. Kitaorang keluar kedai. Ambik keputusan kitaorang keluar terus dari 1 Utama. Boring. Bayar auto pay terus ke IKEA. Masuk IKEA terus gi foodcourt. Jazim beli air kopi dan aku beli air mineral. Cari tempat sambil berbual kosong. Jazim beli blind (rm49) buluh gantung kat balcony, drawer (rm45) kat bilik kucing dan tempat baju kotor (rm25). Pastu kitaorang balik rumah. Sampai rumah terus dengan make over.

Mak datuk susahnya nak pasang blind tu. Jazim gunakan drill baru. Jazim kata otak dia pun bergegar. Hahahaha. Habis semua kitaorang lunch kat Pak Don. Semalam makan kena bayarlah. Habis makan kitaorang singgah beli air kelapa. Sorang 1 biji. Masa tunggu hujan turun dengan lebat. Pakcik jual kelapa suruh kitaorang tunggu dalam kereta. Kesian Pakcik tu kena hujan. 1 biji kelapa rm3. Kitaorang minum dalam kereta jer kat parking rumah. Hujan dah reda sikit baru kitaorang naik ke rumah. Aku mandi pastu kitaorang tengok dvd citer Dear John. Bell Pintu berbunyi. Sudin dan Farez datang. Tadi Sudin dah kol kata nak datang rumah Jazim selepas diaorang lunch kat Rebung. Duduk sekejap mereka pun keluar ke mmmm. Aku duduk rumah sebab jap lagi nak gi rumah DD hantar novel.


Pukul 5 lebih, Jazim kol aku, Jazim suruh aku tolong bawakkan kasut Farez ke bawah. Jazim malas nak naik ke rumah. Aku kata ok. Jazim kata kalau dah nak sampai Jazim akan kol aku. Jazim citer dia kena banyak tanya kat guard. Makcik yang jaga pondok pengawal banyak songeh. Jazim geram, naik rumah terus telefon Mama. Aku yang tuan rumah kat sini, makcik tu nak tanya banyak kat aku, Jazim kata. Hehe makcik tu ingat aku yang tuan rumah, yalah setiap pagi jumpa muka aku kalau nak gi kerja. Jazim naik kereta mana nak nampak muka kan.


Nak gi dinner tapi tak tau kat mana?. Boring asyik makan tempat yang sama. Aku gan Jazim tengah main laptop tiba-tiba Jefri kol. Tanya Jazim free ke esok. Esok jumpa Jefri. Jefri nak buat booking Haiqal. Kitaorang gi Asam Pedas Sejati (Melaka). Jazim pilih ikan tengiri, air kopi ais dan aku pilih ikan pari, air teh ais, harga rm25. Jazim kata tak sedap langsung, ikan bau macam ikan busuk.

4 comments:

  1. 1. knp kedai2 makan yg pernah kita makan - sejak2 kebelakangan ini dah TIDAK SEDAP ... hairan menakjubkan!!

    2. kena buat survey tempat makan baru? jazim dah akan grill - next time kita bakar ikan aje.

    3. sengaja jazim buat mama teruja nak pi IKEA. kena mula kumpul wang nak shopping sakan next trip

    p/s
    setiap petang balik keja tidak sabar nak baca dairi - thanks so much

    ReplyDelete
  2. 1. knp kedai2 makan yg pernah kita makan - sejak2 kebelakangan ini dah TIDAK SEDAP ... hairan menakjubkan!!

    2. kena buat survey tempat makan baru? jazim dah akan grill - next time kita bakar ikan aje.

    3. sengaja jazim buat mama teruja nak pi IKEA. kena mula kumpul wang nak shopping sakan next trip

    p/s
    setiap petang balik keja tidak sabar nak baca dairi - thanks so much

    ReplyDelete
  3. Patutlah dah kurang laku kedai tu skrg nie..
    Tak sedap..

    ReplyDelete
  4. Patutlah dah kurang laku kedai tu skrg nie..
    Tak sedap..

    ReplyDelete

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.