Hello There!

Sunday, December 5, 2010

Sabtu 04/12/2010 Cat Show 2010 Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Aku dan Jazim kena bangun awal pagi ne. Kitaorang bangun pukul 6 pagi. Rutin macam biasa. Pukul 7, kitaorang dah bersiap nak gi PICC. Hari ne dan esok ada Cat Show kat sana. Prince Carlos Snoopy mewakili JazzyJazz Cattery. Hampir 1 bulan Carlos dah digroom untuk show ne. Barang-barang untuk Carlos dan show, semalam kitaorang dah siapkan. Kitaorang beli breakfast kat Mc D sebelah rumah Jazim jer selepas Jazim isi minyak. Dah tak sempat nak makan.


Sampai kat sana hampir tepat pukul 8 pagi. Hazly dan kekawan yang lain dah sampai dulu. Kitaorang parking kereta kat B1. Sebelum gi dewan, kitaorang makan Mc D dulu kat parking. Dah makan kitaorang terus ke dewan. Cat Show berlangsung di Dewan A. Sampai kat sana, kitaorang daftar dulu. Pastu Jazim bayar untuk 2 hari untuk rm140. Masa sampai sana, bateri kamera aku buat hal, tak boleh nak on lak. Terpaksa pakai iphone Jazim sampai habis bateri nak ambik gambar.

Meja Pendaftaran. Nombor kitaorang nombor 27

Masa kitaorang daftar, kitaorang diberikan tag sesorang. Dah habis kitaorang gi kat meja kitaorang. Tu lah first time aku tengok Carlos, memang putih dan cantik. 



Dah semua settle, datang seorang staff bagi kitaorang 1 lagi tag. 


Meja kitaorang ada 5 cage
Show untuk kali ne, ada 6 ring. Setiap ring ada 6 judges. Ramai yang datang dari berbagai-bagai negara seperti Indonesia, Thailand, Korea dan Jepun. Ada tu bawak sampai 4,5 ekor kucing sekali. Masa cats judging pukul 12 tengahari sampai pukul 6 petang. Tu yang tertulis kat atur cara. Pukul 6 haram, pukul 8 malam lebih pun tak habis lagi.

Ring 1
Ring 6
Ring 5
Ring 4 (Sinilah Carlos menang)
Ring 3 
Ring 2
Kitaorang semua dah kelaparan masa waktu pertandingan. Cafe kat situ tak bukak sebab hari sabtu, nak keluar cari makanan jauh pulak. Tepat pukul 12 tengahari pertandingan dimulakan. Tomie Panda nombor 24, Carlos 27 dan Darleen nombor 29, semua bertanding dalam kumpulan yang sama iaitu Kitten. Mula-mula kitaorang dipanggil masuk dalam ring nombor 6. Dah habis check oleh judge, Carlos dapat color biru dan hitam. Sampailah ring ke 6, Carlos dapat warna yang sama ditambah 1 warna oren. Sepanjang pertandingan Carlos maintain gan warna tu. Kucing yang lain aku dah tak ingat sangat. Masa ring yang ke 1, tiba-tiba Carlos kencing nasib baik dah habis diadili oleh judge. Aku cepat-cepat angkat Carlos balik ke stesen. Jazim cepat-cepat bersihkan Carlos sebab nombor 27 akan dipanggil lagi nak masuk ke ring 2. Jazim siap tiup bulu bontot Carlos nak bagi kering. Hehehe. Jazim yang banyak tolong kucing lain. Ada 1 masa Darleen berak. Jazim kena tolong bersihkan bontot si Darleen tu. Tangan dia kena najis.

Begitulah keadaan cat show CFA. Lepas 1 ring ke ring yang lain. Kadang-kadang nombor cepat naik, kadang-kadang lambat pulak. Masa nombor lambat naik tu lah buatkan kitaorang semua boring. Masa nelah kitaorang jalan-jalan tengok kucing dari negara luar. Semua cantik-cantik. Ada tu dari Indonesia siap bertutup cage kucing dia, tak bagi orang pegang dan ambik gambar. Aku tak sedar Umi dan family datang. Kak Mahani gan family pun ada. Aku agak terharu gan kekawan yang dah biasa masuk show ne. Mereka tak ringan tangan untuk membantu aku dan Jazim yang baru first time masuk show. Mereka tolong groomkan Carlos sebelum nombor naik. Kitaorang saling bantu membantu antara satu sama lain.

Sampai ke petang, kitaorang semua dah tak larat lagi. Dah menyantuk, perut lapar pulak. Nasib baik Jazim beli karipap sardin 10 biji. Jazim kata ada cafe yang bukak tu pun tak banyak yang jual. Karipap tu pun dah habis kata Jazim, bila kita nak beli lagi. Kelana pun ada gak beli makanan dan minuman tapi nak tunggu Kelana sampai lambatlah sebab dia keluar cari kedai yang dekat. Mereka yang dah biasa masuk show tu, siap bawak makanan banyak macam nak gi piknik pulak.

Dipendekkan citer, kat skrin dah naik nombor 27. Kitaorang dah nampak tapi kitaorang tak percaya sebab nombor tu termasuk dalam kitten final. Kitaorang pun macam tak percaya. So aku pun macam biasa setiap kali nombor naik aku akan bawak Carlos ke rinr. Masa tu ring yang ke 5. Aku pun masukkan Carlos ke cage nombor 27. Cage pun letak nombor 27 gak. Tiba-tiba judge tu kata mereka salah letak nombor, bukan 27 tapi 22. Aku pun naik beranglah. Aku letak Carlos balik kat cagenya, aku terus ke tempat MC. Aku tanya dia betul-betul. Kat skrin nombor 27, kenapa ring nombor 5 kata salah. Mc tu cuba kontek ring 5 gan gunakan walketalki. Ring nombor 5 kata memang nombor 22. Aku apa lagi naik hantulah. Aku marah orang yang tulis gunakan laptop tu. "LAIN KALI TULIS BETUL-BETUL, NE BUAT ORANG MALU JER". Nasib baik aku tak saman CFA. Orang tu mintak maaf gan aku.

Dah pukul 8 lebih malam. Kata pukul 6 dah habiskan. Celaka. Ring semua kitaorang dah masuk. Masa untuk kemas barang. Peserta yang lain ada gak belum habis lagi. Aku dan Jazim ingat nak balik dulu. Kelana dah balik. Kitaorang nak tunggu Hazli sampai. Hazli ada hal tadi. Nazli yang tolong jaga kucing dia selain adik perempuan Hazli jaga. 

Tiba-tiba nombor 27 naik lagi dalam acara FINAL KITTEN. Aku apa lagi, tak percaya langsung. Sebelum aku bawak Carlos masuk ring. Aku gi kat tempat mc lagi, aku tanya dia betul-betul. Mc siap cakap kali ne memang betul nombor 27 masuk final kitten. Semua orang dengar sebab dia pakai mic. Aku terus ambik Carlos bawak ke ring nombor 4. Sebelum aku letak Carlos dalam cage. Cage Carlos dah ada reben. Horayyy. Carlos masuk final top ten. Carlos dapat nombor 8 "BEST KITTEN". Semua yang masuk top ten dari luar negara cuma Carlos jer mewakili Malaysia. Bangga tak. Semua kucing dari luar negara besar-besar, Carlos jer yang kecik. Dari 5 puluh lebih kitten, Carlos nombor 8. Aku rasa judge suka kot gan janggut si Carlos tu.


Carlos yang lincah



Carlos sedang diadili
Ne dia PRINCE CARLOS SNOOPY kebanggaan JAZZYJAZZ CATTERY
Nombor 8 BEST KITTEN


Kitaorang gembira sangat, akhirnya penat lelah kitaorang dari pagi tak sia-sia. Tomie dan Darleen tak dapat apa-apa. Aku memang dari mula masuk dewan dah idamkan 1 reben tapi aku tengok kucing-kucing dari luar negara besar-beasr dan cantik-cantik, aku pendam dalam hati jer. Akhirnya dapat gak kitaorang reben. Kitaorang balik nak dekat pukul 10 malam.

Gambar-gambar sekitar Cat show.












Orang belum sampai lagi


Nelah ring
Dari Indonesia, tak bagi orang tengok kucing dia

Banyakkan cage
Dari Thailand, cantik kucing dia

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.