Macam biasa Jazim ambik aku kat rumah aku. Kitaorang terus gi kat Ara. Jazim nak beli ubat cirit. Kalau dah jumpa Dr. Jon kan pasti asa citer jer. Dia nak gi Australia lah, Seoul lah bercuti. Jazim nak beli pampers kat Ara, Ara takde. Pukul 6.30 petang, kitaorang nak gi lak kat kedai bleach tu lagi. Kitaorang nak beli 1 lagi barang yang takde. Dah habis kitaorang gi Petsave pulak. Kitaorang nak tengok kat sana ada tak pampers. Sampai kat sana, pampers ada jual. Jazim beli yang kecik untuk Carlos. Kitaorang dinner kat kedai mamak sebelah Petsave. Aku makan mee goreng plus ayam goreng. Aku lapar sangat sebab lunch tadi aku tak makan. Jazim makan maggie sup. Dah makan kitaorang balik rumah.
Sampai rumah, aku terus mandikan anak-anak kondi dan Suzzy. Masa tu Kelana dan anak saudara dia datang rumah. Kelana dah siap untuk cat show esok. Kitaorang baru nak siapkan barang-barang Carlos. Dah habis aku nak gi mandi. Kelana pun nak balik rumah. Kitaorang nak tidur awal sebab esok nak bangun pukul 6 pagi. Esok pagi ada cat show kat PICC. Carlos akan bertanding dalam kategori KITTEN. Nelah first time kitaorang masuk show. Harap-harap esok Carlos dapatlah 1 reben pun jadiklah. Insyaallah. Semua cakap Darleen dan Tomie boleh menang. Carlos takde pun orang nak kata boleh menang.
Takpe esok akan jadi pengukur untuk semua kucing dari Jazzyjazz Cattery. Kita tengok sapa yang akan menang. Tengok-tengok semua tak menang. Baru padan muka.
No comments:
Post a Comment