Hello There!

Monday, April 19, 2010

Hari Sabtu 17/04/2010

Deringan lagu Tak Ada Logika nyanyian Anges Monica mengejutkan aku dari tidur, tepat pukul 6 pagi, aku bangun tidur, kemaskan katil dan terus menuju ke bilik kucing. Seperti biasa bersihkan tempat kucing dan mandikan Marissa, Toby, Tom Rayyan, Haiqal dan Angel. Jazim bagi makan ubat dan cuci mata kat anak-anak Marissa yang comel-comel. (Prince Oscar, Prince Joey, Princess Suzzy dan Princess Cassie). BlueberryFiona....mmmm tak berani aku nak sentuh garang sangat, tak pasal-pasal aku ada tanda (kena cakar), tahlah dah seminngu dia kat rumah masih garang lagi. BlueberryFiona, kucing terbaru. Baru sampai dari U.S.A minggu lepas. Aku, Jazim dan Mama ambik dari airport.

Selepas semua dah selesai pada pukul 8.30 pagi, aku pun mandi dan bersiap nak pergi breakfast dengan Jazim. Sebelum keluar rumah aku sempat telefon Masri ajak breakfast sama. Dia setuju. Aku dan Jazim pergi breakfast kat kedai Kak Mah. Sementara menunggu Masri sampai, kita orang order makanan dulu. Aku seperti biasa makan makanan kegemaran aku, air teh ais, Jazim pula makan nasi berlauk, air teh o ais. Masri pun sampai terus ambik makanan, air teh tarik. Secara kebetulan rupa-rupanya budak-budak volleyball pun nak turun gak. Kita orang pun jumpa Is dulu dengan kawan dia, pastu yang lainnya. Mereka nak main bowling dengan Masri. Sebelum lebih ramai datang lagi baik aku dan Jazim angkat kaki chow dulu. Malas nak bersembang dengan mereka (hehehe).

Habis bayar dan bersalaman dengan mereka semua, kita orang pun terus pergi KLCC sebab Jazim nak pergi opis nak print tiket ke Sudan. sampai KLCC macam biasa orang punyalah ramai yalah kan ada PC Fare tak sampai setengah jam Jazim dah siap. Pergi Wisma Central lak nak tukar duit Sudan, haram duit Sudan takde kat Malaysia, kena tukar kat sana boley. Balik semula kat KLCC pergi carpark.

Masuk kereta, Jazim kata nak beli dvd, so kita orang pun pergilah kat Plaza Damas di Sri Hartamas. Jazim tak tahu nak pergi ke sana, aku tunjukkan arah. Aku ingat-ingat lupa kedai dvd tu, aku pun telefon Zam untuk bertanyakan pasal kedai tu ada lagi ke?. Zam kata kedai tu ada lagi cuma sudah berpindah ke blok lain jer. Sampai di sana kita orang pun belek-beleklah album dvd, dah puas hati kita orang pun beli 2 dvd jer sebab banyak yang kita orang dah ada dan tengok, pastu terus pergi lunch. Makan kat area situ gak, order nasi lemak biasa dan nasi lemak ayam goreng, haram tak sedap langsung, nasib baik harga murah kalau mahal mahu aku sumpah kedai tu. (bole....lunch makan nasi lemak padan muka). Pas makan terus balik rumah.

Sebelum sampai rumah gi ambik baju gosok kat kedai ENI. Sampai rumah rehat sekejap, tengok kucing, main internet terus tengok dvd. Samapi pukul 6 lebih, habis tengok dvd bagi makan ubat kat kucing-kucing sampai pukul 7 lebih, mandi terus gi Tesco gan Jazim beli barang. Pastu dinner. Balik tengok citer kat TV3 citer Hantu Kek, kelakar gak, AF tengok sekejap jer.

Sudah tengok kucing dan bermain gan anak-anak- Marissa, aku pun masuk tidur. Jazim pun dah tidur. Menunggu hari esok tiba.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.