Hello There!

Friday, April 30, 2010

Rabu 28/04/2010

Rutin macam biasa di waktu pagi. Pergi breakfast gan Jazim. Kitaorang breakfast kat Muhibah. Pakcik Nor ambik aku. Aku minum teh tarik jer, Jazim makan 2 biji telur setengah masak dan air kopi o ais.

Petang, sama gak Tam tak dapat ambik aku, kat airport lagi mmmm. Dia telefon aku pukul 5.15 petang. Nasib baik dia tahu nak kol aku. Aku ingat nak jumpa Jazim kat KLCC. Jazim sms aku, dia nak gi gym. Aku balas ok. Aku keluar opis pukul 6. Aku kol Jazim tanya pukul berapa dia habis exercise. Dia kata pukul 7 lebuh. Aku kata ok. Aku pun tunggu teksi nak gi KLCC. Dapat teksi, aku cakap nak gi Putra Wangsamaju, dalam perjalanan, aku tanya boleh gi Ampang. Wah dia kata boleh. Aku pun kata nak gi Ampang sekarang. Driver teksi tu nampak orang india tapi rupanya orang melayu. Sampai rumah pukul 6.35 petang.

Sampai rumah rutin macam biasa, bersihkan tempat kucing. Masuk jer kat bilik kucing Ya Allah., momok berak merata. Anak-anak Marissa pun sama habis kertas putih kena najis. Aku sabar jer. Dah bersihkan semua. Aku rehat kejap, sambil perhatikan gelagat Joey, Cassie dan Suzzy. Mula-mula Joey lompat dari tingkat atas ke bawah, pastu Cassie lak, Suzzy yang comel pun lompat gak. Hai dah pandai main stuntman ke. Kalau selalu macam ne susahlah, kang patah kaki lak semua.

Pastu bukak laptop, tulis kat blog untuk hari isnin dan selasa. Mama sms tanya ada citer baru kat blog. Aku balas tengah buat. Jazim belum balik lagi, tadi dia sms aku tanya aku kat mana. Aku balas kat rumah dia, dia jawab ok. Selang beberapa minit aku sms Jazim lak, aku nak gi pasar malam perut lapar, aku ingat dia balik lambat jumpa kawan dia sebab dah lama dia keluar dari gym tapi tak sampai rumah lagi. Tup-tup dia kol aku, dia dah sampai kat pak guard dan ajak aku dinner. Aku pun keluar rumah gi kat sana. Kitaorang makan kat tempat biasa belakang star lrt Ampang.

Pas makan balik rumah dan mandi. Tengok dvd citer Julie and Julia. Kelakar gak, citer 2 alam. Tahun 1942 dan tahun 2002. Harus Mama tengok citer ne. Habis tengok dvd, tengok kucing kejap pastu masuk tidur.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.