Hello There!

Sunday, April 25, 2010

Hari Ahad 25/04/2010

Aku tersedar dari tidur. Jam menunjukkan belum pukul 6 pagi. Aku terus ke bilik kucing. Alangkah terkejutnya aku melihat Oscar dah tak bergerak lagi sambil Angel melihat jer. Aku cuba mengerakkan Oscar namun aku dapat merasakan kesejukkan dibadannya, lalu aku terus mengejutkan Jazim. Aku cakap Oscar dah mati. Jazim tak percaya, terus ke bilik kucing. Jazim terduduk. Tidak berkata apa-apa hanya memegang Oscar sekejap. Aku tak taulah macam mana perasaan Jazim ketika itu, yang pastinya aku pasti Jazim merasa sedih sekali.

Kematian Oscar begitu menyayatkan. Entah pukul berapakah Oscar mati. Aku pun terus cakap kat Jazim, jom kita gi tanam sebelum hari terang. Jazim kata jom. Aku pun mengambil beg plastik biru lalu memasukkan Oscar dalam beg tu. Kita orang pun keluar rumah pergi ke tempat biasa yang menempatkan kubur yang lain. Sudah 4 ekor ditanam disitu. 1 ekor masa Novella mati, aku yang tanam, masa tu Jazim kat Venezuela, pastu Angel beranak 7 ekor, 3 mati, kita orang tanam dan sekarang Oscar lak. Jazim terus korek tanah dan tanam Oscar, nasib baik tanah kat situ tak keras, masa kita orang tanam yang lain mak datuk tanah keras giler.

Sedih, Sedih. Oscar dah besar. Dia dah pergi. Mungkin ada hikmah disebaliknya, kesian dahlah mata buta lak. Tuhan lebih menyayanginya. Kita orang pasrah dan redha. Selesai tanam, naik ke rumah, Jazim terus telefon Mama. Mama tanya hai pagi-pagi dah telefon ne apa hal. Jazim pun citerlah kat Mama, satu persatu, apa lagi Mama pun dengan suara yang nyaring, menjerit. Mama suruh kita orang bersihkan tempat kucing dan mandikan Angel, manalah taukan takut berjangkit lak kat Angel, yalah sebab Angel bersama Oscar semalam sehingga Oscar mati.

Barulah kita orang bersihkan kucing-kucing yang lain. Pastu gi mandi dan breakfast. After breakfast, kita orang terus ke Segar jumpa Dr Jon. Jazim nak settlekan bil Oscar dan Cassie. Jumpa Dr Jon, Jazim terus ceritakan tentang Oscar. Dr Jon terperanjat, baru hari khamis check Oscar. Jazim tanya kat Dr Jon, macam mana boleh jadi macam tu. Dr Jon kata nanti dia siasat dulu.

Habis jumpa Dr Jon, kita orang balik nak cari Malaseb (shampu mandi), habis semua kedai, kat Melawati kita orang gi, ada yang dah habis, ada yang tak jual. Pastu kita orang dah plan nak beli dvd. Aku beli 10 keping, Jazim beli 3 keping. Kita orang selalu beli malaseb kat kedai Dr Yuan, hari ahad tak buka, lupa lak. Last sekali kita orang gi kat Great Eastern Mall di Pets Wonderland, baru ada malaseb. Jazim beli malaseb dan barang mainan.

Terus balik rumah.

2 comments:

  1. mama lagi sedih

    mama dah bersedia menanti kedatangan OSCAR DE WINNER bulan sept.

    ReplyDelete
  2. mama lagi sedih

    mama dah bersedia menanti kedatangan OSCAR DE WINNER bulan sept.

    ReplyDelete

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.