Hello There!

Tuesday, April 27, 2010

Ahad 05/04/2010

Seperti biasa, aku pasti bangun awal. Aku mandi pastu tengok t.v. Rosli pun dah bangun diikuti Arie. Sambung lagi bersembang dan gelak ketawa. Aku cakap kat Rosli, aku nak balik dulu sebab Jazim ada plan hari ini. Aku takut nanti kucing kat rumah takde orang nak tengokkan. Rosli pun nak ikut aku gi rumah Jazim, nak tengok kucing. Chef dan Hans belum bangun lagi, yalah semalam tidur hampir pukul 3 pagi. So kitaorang pun ketuk pintu kononnya nak kejutkan mereka, macam nak rak kitaorang ketuk pintu, haram tak dengar. Rosli gi mandi dulu dan bersiap, pastu Arie pun mandi. Kitaorang rancang nak gi jer tinggalkan mereka tu, tup-tup mereka dah bangun. Kita cakap plan kitaorang, mereka kaya nak ikut gak. Aku ok jer. Aku pun telefon Jazim, bagitau kat Jazim, mereka nak datang ke rumah Jazim. Jazim kata ok. Semua dah siap, kitaorang pun keluar rumah menuju ke Ampang.

Sampai kat rumah Jazim, Jazim belum balik lagi. Aku ada spare kunci. Kitaorang pun masuk rumah. Rosli pun nak tengok kucing. Aku tunjukkan bilik kucing. Rosli punyalah suka tengok Haiqal. Dia nak bawak balik Haiqal, banyak cantik muka kau, siap ambik gambar lagi. Arie, Chef dan Hans pun suka. Dah main dengan Haiqal, aku bawak bilik sebelah tengok anak-anak Marissa lak, masa tu Oscar ada lagi (sedih). Mereka kata cantiknya. Dalam masa tu Jazim pun balik.

Mereka bersembang gan Jazim kat ruang tamu. Aku sediakan air teh. Mereka nak gi lunch, ajak Jazim. Jazim kata dia dah lunch tadi. Ok, Chef pun telefon Zam tanya nak gi lunch kat mana. Fikir punya fikir, keputusan dah diambik kitaorang pun lunch kat Cozy Corner di Great Eastern Mall. Kitaorang jumpa Zam kat sana. Nizar pun nak join sekali. Pas lunch semua takde plan nak gi mana. Zam kata dia nak balik dulu tak cukup tidur, kalau ada plan kol dia. Nizar pun kata begitu. So tinggal aku, Chef, Hans, Rosli dan Arie. Rosli kata baik dia beli tiket untuk balik esok petang ke Singapura. So kitaorang pun gi tempat tiket tu. (Aku lupa lak nama tempat tu). Sampai kat sana orang yang jaga kaunter gi lunch. Kitaorang pun jalan-jalan tengok apa yang ada kat situ. Ni first time aku datang kat situ, tempat besar tapi tak ramai orang sangat, kedai pun tak banyak, maybe hari ahad kot.

Nasib baik ada kedai makanan dan minuman. Kitaorang minum dan makan roti canai. Rosli kata roti canai dia sedap. aku pun trylah, makan roti telur bawang, memang sedap dan kuahnya malatops. Chef dan Hans pun cuba. Masa kitaorang makan datang staf jual tiket kata orang kat kaunter dah balik dari lunch. So Rosli dan Arie pun gilah beli tiket. Semua dah selesai, Chef tanya nak gi mana lagi. takde plan. Chef kata baliklah rumah, kita boleh mandi pool. Kita semua setuju. Chef telefon Zam ajak dia sekali, Zam kata ok. Sampai kat rumah, Zam pun dah sampai. Kitaorang pun gi mandi pool sambil ambik gambar sampai pukul 8 lebih. Malam tu ada rancangan bintang popular kat tv3. Habis mandi pool, Hans dan Chef masak untuk dinner.

Habis makan, kitaorang tengok dvd. Aku download movie dari Rosli dan Chef. Aku download citer Bila Cinta Bertasbih 1 dan 2. Habis download semua movie, aku nak balik, Chef kata tidur kat sini lagi esok pagi dia hantar aku balik. Aku tak nak, takut esok jem. Citer bintang popular belum habis, Chef pun hantar aku balik. Hans tak ikut sebab esok dia nak kerja. Rosli dan Arie temankan Chef hantar aku.

Sampai kat rumah aku, aku pun ucapkan terima kasih pada Chef dan selamat tinggal kat Rosli dan Arie. Jumpa lagi bila mereka turun lagi kat K.L. Chef balik Singapura hari rabu naik kapal terbang. Selepas bersalaman kitaorang pun berpisah.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.