Hello There!

Sunday, April 25, 2010

Hari Sabtu 24/04/2010

Pukul 2.50 petang, Jazim sms aku, dia dah sampai KLIA dari Sudan. Dia kata nak terus balik ke rumah. Aku balas ok. Sementara menunggu Jazim sampai ke rumah, aku buat apa yang patut dan up-date blog. Pastu aku terus menonton citer "Bila Cinta Bertasbih" di laptop aku. Aku tengok sampai habis part 1 dan 2. Jazim tak sampai-sampai lagi. Bagus citer tu. Happy endding, tapi sayang emak Ezzam meninggal dunia akibat naik motor dalam hujan tak dapat tengok Ezzam dan Anna kahwin. Sungguh sedih.

Pukul 4 lebih baru loceng rumah berbunyi menandakan Jazim dah sampai. Masuk dalam rumah sambil mengemas ala kadar, Jazim terus nak buat make over bilik kucing. Semasa di airport Sudan, Jazim telah mengatakan hasratnya untuk buat make over tu kat aku. Make overnya taklah banyak sangat cuma tukarkan Fiona yang garang tu ke bilik Angel dan anak-anaknya dan Angel ke tempat Fiona jer, tapi banyak gak kerja. Habis kerja hampir 6.30 petang. Jazim mandi. Pas mandi, Jazim teringin lak nak makan seafood. Dia kata asyik makan kambing jer kat Sudan tapi kambing kat Sudan sedap yalah kena dengan cara dan masakannya. Aku kata ok jer, yalah Jazim nak belanja.

Makan seafood jam hampir pukul 8.30 malam. Balik rumah terus. Terus bagi makan ubat kat anak-anak Angel dan cuci mata terutama kat Oscar dan Cassie. Tengok AF sekejap sebab nak tengok drama kat TV3 macam tak menarik sangat.

Tibalah saat yang tak terduga sama sekali. Kita orang tengok bilik kucing, Terutama sekali anak-anak Marissa yang kita orang dah pisahkan dari maknya. Kekadang Angel mencari gak mana anak-anaknya. Jazim ternampak ada muntahan di atas kertas putih. Tertanya-tanya gak sapa yang muntah tu, yalah kan ada 4 ekor kat situ. Ternampak Oscar macam lain jer, asyik tidur lepas makan ubat. Selalunya macam tulah kalau dah makan ubatkan, seperti manusia kalau dah makan ubat, mata pasti lalok nak tidur. Pastu ternampak najis cair lak. Rupa-rupanya semua tu datang dari Oscar. Apa lagi Jazim pun tukarlah kertas putih lain. Oscar berak lagi. Tukar kertas lagi, masa angkat Oscar, badannya dah lemah sangat. Bangun pun dah tak larat. Kita orang dah panik. Kita orang pun angkat Oscar letakkan balik kat maknya. Kita orang ingatkan maybe Oscar rindukan maknya (konon-kononnya lah). Angel pun menjilat-jilat Oscar macam dah tau Oscar sakit. Kita orang pun tak berganjak. Memerhatikan saja.

Alangkah terkejut kita orang tiba-tiba jer Oscar menjerit dan melantun-lantun badannya. Sekejap Oscar senyap pastu melantun-lantun lagi hampir setiap ruangan sangkar dia pergi sambil badannya terbaring, macam kena sawan. maybe menahan kesakitan. Kita orang dah tak tau nak buat apa. Terfikir-fikr apa yang terjadi sampai macam tu sekali. Sedih bercampur tanda tanya, nak kata salah bagi makan yang lain ok jer, nak kata bagi salah makan ubat, kenapa malam ne baru terjadi, ah pening kepala dibuatnya, Kita orang tengok kesiannya hanya Allah saja tahu betapa seksanya Oscar dalam keadaan macam tu. Kita orang tergamam, nak dibawa ke klinik haiwan dah larut malam.

Kita orang dah tak dapat buat apa-apa pun saat tu hanya dapat memerhatikan jer sambil berdoa. Kita orang dah tak sanggup melihat keadaan tu terus masuk tidur membiarkan saja Oscar tu. 

Ikuti sambungannya hari ahad.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.