Hello There!

Friday, April 30, 2010

Khamis 29/04/2010

Rutin macam biasa di waktu pagi. Pergi breakfast gan Jazim. Kitaorang breakfast kat As-salam. Pakcik Nor ambik aku. Aku minum teh tarik, Jazim makan roti kosong gan gula dan air kopi o ais.

Petang, sama gak Tom tak dapat ambik aku, dia terus tak kol aku, aku pun dah malas nak kol dia gak. Aku rasa dah malas nak balik gan dia lagi. Aku balik around 7 sebab hujan lebat giler. Aku tunggu hujan reda sambil lepak kat kedai minum teh tarik gan Jo. Hujan reda sikit baru aku tunggu teksi. Tiba-tiba keluar pelangi dan cuaca begitu terang sekali. Dah nak malam tapi terang. Ajaib. Teksi sampai aku kata nak gi lrt Wangsamaju, pastu aku tanya gi Ampang boleh. Abang teksi kata boleh. Jom balik Ampang.

Sampai kat MRR2 jalan jem teruk. Nasib baik driver tu banyak cakap. Boleh hisap rokok lagi dalam teksi taklah boring sangat. Sampai rumah nak dekat pukul 9 malam. Kepala pening sangat, dah beberapa hari aku kena hujan. Jazim belum balik rumah lagi. Rutin seperti biasa. Wow macam semalam kandang anak-anak Marissa habis kotor dan najis. Diaorang siap bergolek-golek kat atas paper tu. Aku pun apa lagi ambik kain basah lapkan diaorang semua kasi bersih. Suzzy yang bulunya putih melepak jadi warna kelabu. Dah bersih, tiba-tiba Suzzy berak cair lak, sampai 4 kali berak cair. Suzzy pun jadi lemah. Aku jadi panik, takut jadi macam Oscar lak. Dia pun asyik meow-meow jer. Aku dukung dia baru senyap. Pastu dah tak berak lagi, syukur aku. Kepala pening lagi kuat. Mama sms aku pun aku lupa nak balas. Dah mandi aku terus tidur. Laptop aku tak bukak langsung. Aku dengar Jazim balik. Aku tak larat nak bangun. Mula-mula aku tidur atas katil, tak selesa aku tidur atas lantai. Aku tak dinner langsung. Jazim ingat aku keluar gan Noi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.