Hello There!

Sunday, May 8, 2011

Mahu Kahwin Pun Takut-Takut Sebab Ekonomi

Tiap-tiap petang lepas balik dari kerja, aku selalu terpikir pasal alam perkahwinan. Dalam kehidupan aku, tak ramai member aku yang dah kahwin, yang nak kahwin tu ramai yang dah kahwin tu ada la sekerat dua dan yang paling semput yang rasa perit lepas kahwin pun ada. Seolah-olah perkahwinan itu satu belenggu yang merantai jiwa.

Bila aku kata aku nak kahwin sebab aku dah gatal nak berkahwin ada member aku yang kata janganlah kahwin, kau cuba tengok kawan kita tu nak balik rumah pun malas. Ada yang kata seronok kahwin ada orang jaga makan minum kau. Banyak pandangan daripada orang yang dah kahwin aku dengar, kebanyakannya berbeza.

Aku mahu kahwin tapi aku takut nak kahwin. Aku takut nanti ekonomi tak elok, aku tak dapat nak bagi apa yang aku patut bagi dekat family aku. Walaupun aku rasa kerja aku sekarang ni ok dan stabil,tapi taraf ekonomi negara kita yang sangat crap membuatkan aku jadi sedikit sangsi. Bukan untuk berkahwin tapi untuk maintain family tu.

Aku tak mau family aku nanti hanya cukup-cukup makan jer. Aku nak bagi anak aku makan makanan yang cukup sampai dia gemok. Aku nak bagi bini aku pakai rantai emas dan berlian yang beratnya jauh lagi berat dari bini aku. Aku nak belikan lingerie yang mahal-mahal untuk bini aku supaya dia dapat tidur nyenyak tersenyum tiap-tiap malam sebelah aku dan macam-macam lagilah.

Tapi kalau pendapatan laki bini tu 2 ribu seorang maknanya 4 ribu sebulan cukup ke nilai tu untuk hidup kat KL ni? Cukup tu cukuplah tapi cukup makan jer. Tapi bila kita masuk dengan kereta, beli rumah, minyak dan barangan keperluan, aku takut angka tu tak cukup untuk buat simpanan. Cukup untuk hidup time tu, bulan tu tapi simpanan agak teruk.

Bukannya apa, sebab kalau kita kaji kos hidup kat KL ni sebenarnya agak teruk, agak tinggi. Jauh lagi teruk berbanding negara-negara maju. Itu baru sekarang 10 tahun lagi macam mana pulak.

Dengan pola kenaikan ekonomi sekarang ni, jika contohnya bekerja dalam sektor awam, kenaikan minimum setiap tahun ialah RM80-RM100 setiap tahun (tak termasuk kenaikan gred) gaji anda pada tahun 2020 akan bertambah RM1000-Rm1200. Waktu tu akan ada kemungkinan harga-harga barang sudah bertambah dengan mendadak jadi anda akan tetap berada ditakuk yang sama tidak ada perubahan dan yang paling peritnya adalah kepada mereka-mereka yang baru saja nak memulakan hidup berdikari ni. Aku tak rasa akan ada perubahan kepada gaji starting fresh graduate. Waktu tu macam mana pulak mereka ni nak hidup.

Adakah kenaikan kos ini tidak dapat dibendung atau sebenarnya kerajaan kita memang tak punya cara untuk membendungnya? Aku bukan pakar ekonomi jadi dalam benda ni aku tak mampu bagi cadangan kecuali aku mengharapkan kita sebagai rakyat Malaysia jangan berfikir bisnes semua nak untung cepat.

Dan kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu sedar dalam berbelanja. Buka sikit mata kita jangan main berbelanja suka hati sebab kebanyakan peniaga bila nampak ada peluang nak naikkan harga mereka akan ambik sebab apa mereka berani. Sebab rakyat Malaysia bukan particular sangat pasal benda-benda ni. Naik pun bukannya ramai sangat yang ambik peduli. Bila kita dah terbiasa bayar dengan harga-harga yang tinggi kita akan secara automatiknya assume sesuatu yang murah tu adalah murah.

Jangan biasakan diri kita, rakyat Malaysia dengan membayar harga yang melampau dan tak patut. Terlalu banyak benda yang kita over pay dan tak setimpal dengan harga yang kita bayar. Nilai duit kita dalam negara kita ni sangatlah sikit. Cubalah pergi ke pasaraya dan tengoklah sendiri apa yang kita mampu dapat dengan RM50. Akan makin ramailah antara kita yang terpaksa makan maggi sebab itu aje yang murah..

Nak kawin pun takut. macam mana aku nak buat anak ramai macam impian aku. Aku nak anak ramai cukup untuk buat satu team bola. Kalau berterusan macam ni aku rasa dapat anak sorang suruh jadi goalkeeper pun jadilah.

Jangan biasakan diri kita dengan harga mahal. Negara mana lagi yang kita boleh nampak tiang-tiang lampu jalan dan pencawang elektrik penuh dengan iklan-iklan "Ingin Pinjaman Wang?" 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.