Hello There!

Tuesday, April 27, 2010

Sabtu 04/04/2010

Kawan aku dari Singapura turun ke K.L. Rosli dan Arie. Diaorang sampai hari khamis terus tinggal kat rumah Hans. Kebetulan Chef pun ada kat K.L. Chef macam biasa kalau takde flight (steward SQ), pasti dia datang ke K.L. Aku jumpa mereka hari sabtu malam. Sebelum tu mereka pergi Perak dulu. Chef ada sms aku, dia nak buat barbeque sabtu malam. Dia ajak aku dan Jazim. Aku jer yang pergi. Jazim tak gi sebab dia penat. Family dia baru jer balik ke Kelantan. Family dia datang sebab nak gi kenduri kahwin sepupu dia kat K.L. Aku gi lepas mahgrib. Naik star ke Chan Sow Lin pastu tukar train ke Bukit Jalil, kat sana Rahim dan Zam dah tunggu aku di stesen Bukit Jalil. Kitaorang pun terus gi rumah Hans. Sampai kat sana kitaorang menuju kat swimming pool. Ada beberapa kawan rapat disana. Rosli dan Arie pun ada. Gembira aku dapat berjumpa mereka. Aku rasa dah lama tak jumpa mereka sejak mereka datang K.L maybe last year.

Selepas bersalaman, aku pun apa lagi terus makan. Perut dari rumah dah berbunyi. Ada ayam, hotdog, udang bakar, kudapan, air dan manisan. Semua aku makan. Habis makan, aku pun ambik gambar beramai-ramai. Aku dan Rosli pun ambik gambar kat pool. Rosli yang jadi cameraman aku, aku pose kat kerusi, kat pokok, kat batu. Pastu kitaorang sambung bersembang. Cuaca malam mencemburui kitaorang, tiba-tiba nak hujan lak, apa lagi kitaorang pun terus berkemas. Bersihkan apa yang patut, terus naik ke rumah Hans.

Kat rumah Hans, sambung lagi ambik gambar. Sembang-sembang sambil menonton dvd. Aku dan Rosli kalau berjumpa asyik nak ketawa jer, macam nak terkeluar isi perut. Tak puas sembang kat dalam rumah, gi kat balcony lak sambil minum kopi dan makan kudap-kudapan yang masih ada tadi hingga lewat pagi. Rahim nak balik yalah orang dah berumah tanggakan nanti apa lak isterinya cakap. Zam pun nak balik gak. Rahim datang bersama 2 orang kawan yang aku agak aku dah pernah jumpa tapi tak ingat kat mana. Dah bersalaman mereka pun chow. Aku tak balik, aku tidur kat rumah Hans. Aku memang dah bawak baju, takut lak manalah taukan aku nak tidur kat sana. Hans siapkan tempat aku nak tidur. Aku tidur kat depan t.v.


No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.