Deringan lagu Tak Ada Logika nyanyian Anges Monica, mengejutkan aku dari tidur, tepat pukul 6 pagi, aki bangun tidur, kemaskan katil dan terus menuju ke bilik kucing. Seperti biasa bersihkan tempat tempat Marissa, Toby, Tom Rayyan, Haiqal dan Angel. Aku bagi makan ubat dan cuci mata kat anak-anak Marissa yang comel-comel. Pukul 7.15 dah siap semuanya. Aku pun terus mandi dan bersiap sebab Pakcik Nor datang pukul 7.45 pagi setiap pagi.
Pagi ne aku gi kerja dari rumah Jazim, macam biasa aku dah telefon Pakcik Nor untuk menghantar aku gi kerja cuma balik kerja jer dia tak boleh ambik aku dari kerja. Aku balik ke rumah Jazim naik teksi dari opis aku terus ke Putra Wangsamaju, naik Putra ke Masjid Jamek pastu naik star ke Ampang then naik teksi ke rumah Jazim. Dalam tersi aku bertanya pada driver ada ke teksi yang nak gi dari Wangsamaju ke Ampang, dia kata dia boleh so aku pun buatlah janji dengan dia, driver yang bernama Tam tu, so aku tak payah lagi turun naik train. Harga pun lebih kurang jer. Janji aku tak penat dan cepat sampai rumah.
Sampai kat rumah hampir pukul 7 malam, hari nak hujan, kalau naik teksi dari opis aku pukul 5.30 dan sampai rumah around 6, kalau tak jemlah. Kalau jem pun taklah lambat sangat cuma kadang-kadang tu kat MRR2, kadang jem kadang tak tapi taklah sampai tak bergerak langsung. Ramai driver teksi tak nak gi Ampang, menurut ramai driver, mereka takut stuck kat jem yalah aku paham sebab ramai driver teksi cuma nak gi yang dekat-dekat jer, apatah lagi di waktu puncak kan. Kalau tak pun mereka tu dah bawak teksi dari pagi dan waktu petang malas nak gi jauh-jauh, masa untuk balik rumah jer.
Semalam Jazim sms aku dari Sudan mengatakan dari keterangan Dr Jon mata Oscar memang tak dapat diselamatkan. Aku tersangatlah sedih. Seperti aku katakan aku pasrah dan redha. Mama dah setuju untuk menjaga Oscar. Aku harap Mama akan dapat menjaga Oscar seperti Mama menjaga dirinya. Petang esok lepas kerja aku akan mengambil Oscar kat Ara.
Kat rumah lepak kejap pastu buat rutin seperti biasa mengemaskan kucing-kucing. Sesudah itu, mandi, terus bukak laptop dan up date blog.
No comments:
Post a Comment