Rutin macam biasa di waktu pagi. Paham-paham jerlah. Pergi breakfast gan Jazim kat kedai As-salam. Jazim pun seperti biasa makan roti kosong gan gula, air kopi o ais dan aku minum jer teh o ais sebab nanti kat opis aku nak makan lagi gan budak opis. Pakcik Nor ambik aku. Kerja kat opis pun berlambak-lambak. Bos sampai opis terus marah kat Jo. Bos bising sebab Jo lambat habiskan kerja. Client dah marah bos, bos marahlah Jo balik. Saat tu Jo agak senyap jer. Sampai dapat surat warning lagi. Hehehe.
Petang, Tam dah tunggu kat bus stop. 5.50 petang aku dah sampai rumah Jazim. Jazim belum balik kerja lagi. Aku pun bersiap untuk membuat rutin yang biasa, apa lagi bersihkan kucinglah. Masa aku bersihkan kucing around 6.20 baru Jazim balik. Jazim ada kol hp aku, aku tak angkat tengah buzy gan kucing. Dia telefon rumah pun aku tak angkat. Rupanya dia nak ajak aku gi dinner dulu sebelum buat rutin harian. Pas bersihkan kucing, kitaorang pun gilah dinner. Mandi tak lagi. Pas dinner dan mandi, kitaorang sambung tengok dvd lagi. Citer The back-Up Plan. Bagus citer tu yalah citer komedi cinta. Kelakar giler. Lakonan Jennifer Lopez (Jlo). Kisahnya Jlo belum kawin tapi nak anak. Dia pun ambik tabung uji, ingatkan sorang tapi rupanya anak kembar. Tulah yang kelakar dengan aksi-aksi yang lucu. Ada jugak yang ngeri masa kawan dia nak beranak tapi beranak dalam air. Seterusnya sila tengok sendiri.
Habis tengok dvd, tengok kucing kejap pastu masuk tidur.
ok
ReplyDeletemama nak pinjam dvd
ok
ReplyDeletemama nak pinjam dvd