Hello There!

Monday, April 19, 2010

Hari Ahad 18/04/2010

Deringan lagu Tak Ada Logika nyanyian Anges Monica mengejutkan aku dari tidur, tepat pukul 6 pagi, aku bangun tidur, kemaskan katil dan terus menuju ke bilik kucing. Seperti biasa bersihkan tempat Toby, Tom Rayyan, Marissa, Fiona dan Angel. Jazim bagi makan ubat dan cuci mata kat anak-anak Marissa yang comel-comel.

Selepas semua dah selesai, aku pun mandi dan bersiap nak pergi breakfast dengan Jazim. Aku telefon Masri lagi ajak breakfast sama. Dia mula-mula setuju pastu sms aku kata malas nak gi lak. Tahlah kenapa asyik nak gi kedai Kak Mah jer, maybe kena dengan selera aku kot walaupun agak mahal namun nak gi gak. (dah kena mak esah kot) gurau jer.

Habis bayar Jazim drop aku balik rumah sebab aku malaslah nak ikut dia gi KLCC lagi sebab dia terlupa nak ambik tie dan nak print lagi tiket flight untuk kekawan dia lak, lagipun sekejap jer. On the way balik dari opis Jazim kol aku untuk siapkan anak Marissa sebab nak bawak gi jumpa Dr Sumitra check mata kat Ara. Sampai sana orang takde terus jumpa Dr Sumi. Check punya check Dr Sumi suruh pergi jumpa Dr Jon lak. Dia kata Dr Jon lebih arif bab sakit mata ne tapi Dr Jon kat Hartamas lak. Kita orang tak pernah gi sana. Apa-apa pun kena gi gak sebab makin lama lagi makin susah. Jazim tanya aku macam mana, aku kata kita gi jerlah since kita dah keluar bawak anak Marissa. Kita tanya kat Dr Sumi macam mana nak gi kat sana dan dah tahu nak gi kita orang pun terus beredar dari Ara. Dr Sumikata tak kena charge sewbab kita orang nak jumpa Dr Jon dan Dr Sumi terus telefon Dr Jon kata kita orang nak jumpa Dr Jon. Hai gi lagi Hartamas baru semalam kita orang gi sana.

Sampai kat sana kita lihat Dr Jon sedang melayan seorang pompuan mat saleh dengan kucingnya. Kita orang masuk berdiri 1 corner tetiba datang orang bangsa india dengan 2 ekor anjingnya yang besar. Kita orang agak takut sikitlah (sikit jer). Tibalah giliran kita orang, Dr Jon checklah mata anak Marissa, 2 ekor ok, 1 makin pulih dan 1 ekor K.O. Dr Jon kata Oscar kena buat pembedahan mata secepat mungkin kalau tidak boleh buta. TIDAKKK. So Oscar pun kena tahan maybe buat pembedahan hari isnin kot. Pergi 4 ekor balik rumah 3 ekor jer. Kata Dr Jon lagi hari khamis aku kena datang bawak Cassie kat Segar. Mesti kena datang. TIDAKKK. Dr Jon ada sampai pukul 8 malam jer. Hai kelam kabutlah aku balik kerja nanti kan dahlah jalan jem lagi. Takpe demi anak Marissa yang comel. Aku sanggup berkorban apa saja. Harap-harap mata Oscar boleh sembuh, kesian tau kecik-kecik dah buta, macam mana nanti kalau nak makan ke, minum ke kesian kan. Tapi kalau dah ditakdirkan mata Oscar buta, aku dan Jazim pasrah jer yang penting kita dah berusaha. Kesian kecik-kecik dah kena bedah. Harga buat pembedahan mata, mak datuk 1 mata rm250 tau, 2 rm500 malatops, tu belum yang lain lagi, sabar, sabar Jazim (hehehe).

Tanya pasal Haiqal lak, Dr Jon kata dah tiba masanya Haiqal dipisahkan susu dari maknya dan tinggal sendirian. Kesian Haiqal apa boleh buat demi kebaikkannya gak. Anak -anak Marissa pun kena pisahkan gak. Mak datuk kesiannya mereka masih kecik lagi. Dr Jon kata 4 minggu sudah cukup untuk dipisahkan. Dr Jon pun bagi ubat mata yang baru.

Habis kat Hartamas, Kita orang pun bergegas balik yalah banyak kerja nak buat. Sampai di rumah terus pisahkan Haiqal dari maknya. Haiqal memang dah boleh makan makanan biasa dan dah lama aku tak nampak dia menghisap susu maknya. Anak Marissa, kita orang tak pisahkan. Kita orang letak makanan dan air dalam kandang, bolehlah mereka jilat sikit-sikit makanan itu. Kata orang suaikenal dulu nanti kalau dah biasa barulah kita orang pisahkan.

Semua kerja dah habis. Jazim sambung semual mengemas barang yang akan dibawak ke Sudan. Semalam dah kemas sikit, malam ne sambung lagi takut lak ada yang tertinggal kan. Teksi dah ditempah. Pukul 10.45 mlam teksi sampai. Flight ke Sudan pukul 2.55 pagi. Semua dah siap sementara menunggu teksi sampai, aku, Jazim dean Masri berbual-bual kosong sambil makan buah tembikai dan melayari internet. Masri datang ke rumah Jazim sejak kita orang sampai tetapi balik ke rumah dia sekejap untuk mandi dan datang ke rumah Jazim semula sampai Jazim bertolak ke Sudan. Jazim pergi ke Sudan 5 hari, sabtu baru balik ke K.L atas urusan kerja.

Bunyi sms macam loceng mamak jual roti (Masri punya hp). Masri kata nak blah dulu sebab ada temujanji sambil bersalaman dengan Jazim dan mengucapkan selamat pergi dan balik. Selepas Masri blah, Jazim pergi berjumpa dengan kucing-kucing untuk mengucapkan selamat tinggal (hehehe). Teksi pun sampai kat pak guard. Aku menghantar Jazim sampai naik teksi.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.