Deringan lagu Tak Ada Logika nyanyian Anges Monica, mengejutkan aku dari tidur, tepat pukul 6 pagi, aku bangun tidur, kemaskan katil dan terus menuju ke bilik kucing. Seperti biasa bersihkan tempat Marissa, Toby, Tom Rayyan, Haiqal dan Angel. Aku bagi makan ubat dan cuci mata kat anak-anak Marissa yang comel-comel. Pukul 7.15 dah siap semuanya. Aku pun terus mandi dan bersiap sebab Pakcik Nor datang pukul 7.45 pagi setiap pagi.
Pagi ne aku pergi kerja dari rumah Jazim.
Balik dari kerja, aku dapat telefon dari Masri mengatakan dia akan sampai 5 minit lagi. Aku nak jumpa Dr Jon sebab last week aku jumpa Dr Jon, dia suruh aku datang hari khamis buat check-up susulan mata untuk Cassie. Aku bawak sekali Oscar, manalah tau kan Dr Jon nak check sekali. Aku mintak tolong Masri untuk hantarkan aku kat Taman Segar. Masri tu bising jer, nak jalan kat MRR2, dia kata jemlah, aku cakap jem sikit jer. Aku dah biasa hantar pada waktu puncak. Dia kata nyantuklah, tak cukup tidurlah eeee macam-macam lagilah. Sabar jer aku.
Sampai kat Segar, cari parking. Masri malas nak keluar kereta, dia kata nak tidur sekejap dalam kereta. Aku pergi sorang, kalau dia ikut pun apa boleh dia buatkan. Nasib baik dalam Segar tak ramai orang. Tiba giliran aku, aku pun jumpa Dr Jon. Dr Jon check Cassie dulu, dia bagi penerangan panjang lebar siap draw lagi kat white board dan ambik gambar mata, katanya nak bagi kat pensyarah dia kat Australia suruh tengokkan dan bagi dia idea untuk selesaikan kes mata Cassie tu. Maybe Dr Jon kata dia akan buat pembedahan kecil nak buang ulser kat mata Cassie. Nasib baik ulser kat mata Cassie tu di tepi senang sikit buat tak macam Oscar.
Habis check Cassie, turn Oscar lak, aku ambik Oscar keluar, Dr Jon geling kepala, dia kata poor cat. Dia kata kes Oscar dah tak boleh buat apa-apa. Dr Jon cuci mata Oscar sikit pastu ambik gambar gak. Dia suruh aku teruskan bagi ubat dan cuci mata Oscar dan Cassie selalu. Dia kata kenapa hantar kucing lambat. Untuk anak kucing baru lahir matanya harus buka dalam masa 10 hari, kalau tak buka masa tu harus berjumpa doktor.
Dalam kes Oscar ne Dr Jon dah tak boleh buat apa-apa lagi, nak buat pembedahan mata kang nanti terkoyak selaput mata. 2 minggu lagi jumpa dia kat Hartamas. Habis semua, aku pun keluar. Bil nanti Dr Jon akan sms kat Jazim. Aku terus menuju kat kereta. Kereta Masri parking jauh sikit sebab yang dekat takde. Sampai kat kereta Masri baru bangun tidur. Dia kata sakit leher lak. Yalah tidur duduk , kenapalah tak baringkan seat tu, mmmm, walaupun Masri ne macam-macam dia tetap baik hati. Kita orang pun terus balik, nasib baik masa balik jalan tak jem.
Sampai kat rumah, aku terus letakkan Oscar dan Cassie dalam bilik maknya. Aku tukar pakaian terus masuk bilik kucing satu lagi. Bersihkan sangkar, bagi makan, tukar air dan bagi Haiqal makan ubat. Bersihkan mata Toby, Tom Rayyan, Marissa dah Haiqal. Fiona mmmm nak dekat pun aku takut. Bermain dengan mereka sekejap. Lantas masuk bilik Angel lak. Bersihkan apa yang patut, bagi makan ubat pada Suzzy, Joey dan Cassie. Bersihkan mata mereka dan bagi ubat kat Oscar. Bersihkan mata Angel, main dengan mereka kejap.
Baru aku gi mandi, tengok tv, makan ala kadar dan terus bukak laptop. Bukak email sebab Jazim suruh aku scan green slip Fiona dan email lat Isma. Pastu Jazim sms aku. Aku terus kol dia kat Sudan.
No comments:
Post a Comment