Hello There!

Tuesday, June 22, 2010

Sabtu 19/06/2010

Selalunya hari Jumaat petang, Jazim akan ambik aku kat rumah, tapi petang ne Jazim tak boleh ambik sebab mek dia baru sampai dari Kelantan hari khamis so diaorang nak gi rumah sepupu dia malam nanti. Hari Sabtu baru aku gi rumah Jazim, selepas family dia balik ke Kalantan. Jazim dah habis kemas rumah baru Jazim datang ambik aku kat rumah. Pukul 3.40 petang, Jazim sampai rumah aku terus kitaorang gi foodcourt Melawati. Jazim nak lunch. Jazim makan nasi ayam plus sirap, aku minum limau suam jer.

Pas makan kitaorang balik rumah, on the way balik rumah, Jazim kol Dr. Sumitra sebab nak hantar anak-anak kondi buat vaksin. Sampai rumah kitaorang masukkan Haiqal, Joey, Cassie dan Suzzy dalam cage terus ke Ara. Sampai kat Ara, ada 2 pelanggan sedang tunggu Dr. Sumitra. Tiba giliran kitaorang, terus Dr. Sumitra check satu per satu kucing. Mula-mula Haiqal, semua ok, timbang berat, kena cucuk vaksin dan bagi makan ubat cacing. Pastu Joey, timbang berat, vaksin dan makan ubat cacing. Dr. Sumitra check mulut Joey. ada bengkak kat lelangit Joey. Dr. Sumitra akan bagi ubat antibiotik. Cassie lak, timbang berat, vaksin, makan ubat cacing. Dr. Sumitra check pernafasan guna teleskop. Dr. Sumitra kata, jantung Cassie tak stabil so Dr. Sumitra suruh makan Taurine. Dr. Sumitra tunjukkan botol Taurine macam mana. Kat kedai GNC ada jual. Ok nanti kitaorang beli. Suzzy punya turn, timbang berat, vaksin, makan ubat cacing, semua ok. Bil semua rm222.

Habis, kitaorang balik rumah terus. Sampai rumah dah pukul 6.25 petang. Macam biasa kemaskan semua kucing, bagi makan DMG kat anak-anak kondi, lap mata, tukar air dan tambah makanan diaorang. Habis gi mandi dan terus gi dinner. Dinner kat kedai biasa. Jazim makan nasi putih gan ikan bilis sambal plus teh o ais, sambal ikan bilis tak habis, aku suruh bungkus bawak balik boleh makan gan roti nanti. Aku makan sup sayur gan limau suam. Balik rumah kononnya nak tengok majalah 3 kat TV3, tengok-tengok ada konsert Inspirasi muzik-muzik lak. Kitaorang pun surf internet nak cari tarikh dan tempat sesuai nak gi holiday. Aku cakap kat Jazim baik kita gi Summerset Resort. Jazim pun surf internet. Aku terus kol Mama, nak tanya bila boleh cuti dan bagitau tempat nak gi. Rupa-rupanya Mama dah gi tempat tu dulu. Komen Mama, sunyi, jauh masuk ke dalam hutan dan malam boring. So aku dan Jazim pun kansel nak gi sana. Nak gi pulau, takut tengkujuh pulak.

Aku tukar channel tv lain, tengok citer kat channel 712. Tiba-tiba Kelana (memang nama dia), kawan baru Jazim kol nak datang rumah Jazim nak tengok kucing. Kata Jazim, Kelana tu dah lama kol kata nak datang rumah tapi Jazim kata sibuk gan kerja. Sampai kat rumah Jazim, Kelana datang gan anak saudara dia. Kalau breeder lain jangan haraplah nak saja datang tengok kucing orang, tak bagi langsung tengok kan. Ikut citer Jazim, Kelana ne baru nak jadi breeder. Masa Kelana nak tengok kucing, Jazim cakap kena basuh kaki dulu sebelum masuk bilik kucing. Mereka berbual sampai pukul 11.15 malam. Pukul 11.30 baru Kelana balik rumah. Aku pun terus tukar channel ke TV3, citer "Sutera sebalik wajah", bagus jalan citer drama tu. Sesuai untuk Hari Bapa. Sampai pukul 12, drama kena sambung pulak sebab ada Nightline. Mata dah nyantuk ne terpaksa tunggu sebab drama tu bagus dan nak tengok macam mana penamat drama tu. Pukul 1.15 baru masuk tidur.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.