Hello There!

Saturday, June 12, 2010

Sabtu 12/06/2010

Bangun pukul 6 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pagi ne aku mandikan kucing lambat sikit sebab nak tunggu Jazim dan Mama bertolak ke Kelantan dulu. Dah mandi, Jazim dan Mama kemas baju masuk dalam bag. Pastu kitaorang menuju ke kereta. Mama ke kereta dia dulu sebab nak panaskan engin. Mama sampai K.L hari khamis dari Melaka. Aku dan Jazim dah masuk ke kereta Jazim dulu. Jazim telefon Umi, tak angkat. Jazim dah membebel. Aku lihat Mama sedang bergayut di hp dia. Rupa-rupanya DD kol Mama masa Mama panaskan engin kereta. Hari ne Jazim, Umi gan anak-anaknya, Mama dan Khairul balik ke Kelantan sebab ada sepupu diaorang nak kahwin. Jazim balik K.L hari isnin.

Kitaorang nak gi breakfast kat Kedai Kak Mah. Sampai kat sana kedai Kak Mah belum bukak lagi. Tengok jam pukul 7.45 pagi. Kitaorang selalu datang kedai Kak Mah pukul 8 atau 9 lebih dah bukak. Tah-tah Kak Mah cuti hari ne kot. Sementara menunggu kedai Kak Mah bukak, kitaorang gi Petronas dulu sebab Jazim nak isi minyak. Pastu kitaorang gi balik ke kedai Kak Mah, masih belum bukak lagi. Heran, selalunya Kedai Kak Mah cuti hari isnin jer, ne hari sabtu pun tak bukak gak.

Kononnya nak gi breakfast kat Old Town, tak jadi. Kitaorang terus ke payung merah. Tengok-tengok tempat yang kitaorang selalu makan pun tak bukak hari ne. Mmmmm, tapi kedai yang lain ada bukaklah. So kitaorang gi kedai jauh sikit dari kedai yang selalu kitaorang makan tapi sama tempat. Aku makan lontong dan ambik 6 biji kuih, Jazim makan nasi impit dengan kuah kacang, Mama pun makan yang sama gan 3 biji karipap sardin. Masa kitaorang bersembang-sembang kosong, ada seorang perempuan tengah masak apa tah, tiba-tiba dia panik sebab api marak dan dekat dengan tong gas. Dia nak tutup takut, api dah marak, dia lari, ada 1 perempuan datang cuba nak tutupkan pun takut cabut lari. Area kedai tu dah jadi riuh rendah, semua orang dah lari tertempiaran, apa lagi kitaorang pun cabut lari, yang kelakarnya Jazim cabut lari gan pegang gelas air dia, Jazim kata lari, lari gak tekak aku haus, aku bawaklah air aku sekali, aku lak selamatkan kuih aku. Nasib baik masa tu bag Mama dah sangkut kat bahu. Ada 1 perempuan tu sempat lagi selamatkan handbag dia jer. nasib baik ada 1 abang ne yang tolong tutupkan api tempat masak tu, kalau tak, sendiri mau ingat. Ada 1 kakak ne kata kat suami dia, kereta kita macam mana ne, takut kereta dia meletup hehehe.

Semua dah kembali tenang, kitaorang pun sambung makan balik. Kitaorang ingat balik pasal Jazim bawak gelas air dia, kitaorang ketawa macam nak pecah perut. Habis makan kitaorang nak gi Tesco Ampang, nak beli sardin. Siti adik Jazim kirim sebab Siti mengidam. Jazim lupa Siti nak sardin brand apa, Jazim kol Siti tanya brand apa. Siti nak sardin King Cup tin besar. Jazim beli 5 tin sardin besar harga rm4.95 1 tin. Hari sabtu takde bag plastik terpaksalah Mama peluk 5 tin sardin besar tu, nak masuk dalam bag Mama, Mama tak nak.

Sampai kat rumah Jazim dan Mama nak bertolak ke Kelantan. Sebelum tu kena gi umah Umi, ambik Umi gan anak-anaknya dan Khairul. Aku hantar sampai kat kereta jer. Mereka dah pergi, barulah rutin aku berjalan. Aku mandikan kucing. Fiona pun kena mandi dah 2 minggu tak mandi. Pukul 11.20 pagi baru habis mandi. Mama sms aku, bila tiba kat Raub, Lipis, Gua Musang dan Kuala Krai. Pukul 2.10 petang Fiona mengamuk untuk kali ke dua. Fiona mengamuk hingga Toby naik takut sampai nak keluar dari cage. Pasal apa Fiona mengamuk pun aku tak tau, habis dia kencing dan berak merata. Penat aku mengemas. Habis mengemas nak pukul 4 petang. Pastu aku gi mandi, pukul 4.20 petang baru aku gi lunch. Makan kat As-salam, nasi goreng ayam gan teh ais. Sebelum Fiona mengamuk, Gayry pun dah mengamuk dulu, habis makanan dan minuman dia tumpah. Tempat berak pun terbalik nasib baik belum ada najis lagi. Aku sms Mama, cerita kat Mama, Mama balas balik maybe Gayry tak nampak Mama kot.

Habis makan, balik rumah up date blog dan check email. Sejak ada air-cond kat bilik kucing, kucing kerap kencing, asyik nak tukarkan paper jer maybe sejuk kot. Aku tengok gayry tidur memang ada klas, tidur sambil buka mata. Aku sms Mama, Mama kata tu memang style Gayry tidur.

Malam, aku gi rumah DD tengok bola. Aku tengok perlawanan di antara Korea lawan Greece, Korea menang 2-0. Pastu aku tengok lak Argentina lawan Nigeria, sekejap jer sebab aku nak balik rumah Jazim. Masa aku datang rumah DD, DD tengah makan roti gan kari ayam. Pastu DD potong buah epal bagi aku makan. Kacang jagus dan badam campur garam sikit pun ada. DD keluarkan dari peti sejuk. DD kata dia goreng sendiri kacang tu. Kalau goreng garing sikit lagi sedap. Sampai rumah aku sambung tulis blog.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.