Aku bangun pukul 6.30 pagi. Mama dah bangun, bersihkan Mok-mok dan Gayry. Pastu Mama sambung tidur balik. Aku dah biasa bangun awal walau dimana jua aku berada dan pada hari cuti gak. Jazim tidur lagi. Aku gi mandi terus tulis apa yang terjadi semalam, takut terlupa lak, nanti boleh masukkan dalam blog. Notebook aku tak bawak. Pukul 8.30 pagi, aku kejutkan Mama gan Jazim dengan suara aku yang tak sedap, aku nyanyi lagu "Ramlah Ram", lagu "Apa Khabarmu disana" dengan sekuat hati hehehe. Mama bangun dan terus mandi, pastu Jazim bangun dan mandi gak.
Pukul 9.15 pagi kitaorang gi breakfast kat kedai lemping. Mama makan lemping pisang gan teh. Aku makan roti telur bawang gan limau suam plus 2 biji telur setengah masak. Jazim makan roti kosong gan gula plus ais kopi dan 2 biji telur setengah masak. Pas makan Mama bawak kitaorang gi Tesco Cheng. Jalan-jalan jer takde yang menarik. Kitaorang kat sana tak sampai 10 minit pun. Tesco Cheng tak besar sangat. Pas Tesco Cheng, Mama bawak kitaorang lak kat Mydin. Sampai kat sana Jazim nak buang air besar. Pun sama kat Mydin kitaorang tak lama gak. Kitaorang ingatkan nak gi ke Fashion House, semua kedai belum bukak lagi. Hari pun dah tinggi. So kitaorang terus balik rumah Mama. Sebelum sampai rumah Mama, kitaorang singgah kedai mamak "Limbongan". Aku minum limau suam gan rojak ayam, Jazim minum teh ais gan makan maggie sup. Mama makan rojak gan teh tarik. Banyak cakap dan cuaca panas, aku order air soya bean, Mama pun order gak sirap limau.
Habis makan dan minum, kitaorang balik rumah Mama. Pukul 12.40 tengahari, aku dan Jazim bertolak dari rumah Mama balik ke K.L. Jazim singgah di Petronas isi minyak dan pump angin tayar. Dalam perjalanan kereta tak banyak. Macam biasa dengar lagu Celine Dion. Kali ne aku pulak nyanyi. Jazim pun ada nyanyi gak. Aku nyanyi nak dekat sampai rumah, sampai kering tekak aku. Pukul 2.47 petang, Kitaorang sampai rumah Ampang. Aku dan Jazim terus ke bilik kucing. Jazim bagi makan ubat cirit birit. Pagi tadi sebelum nak balik K.L, Umi kol lagi citer pasal kucing cirit birit. Pas bagi makan ubat, Jazim tukar seluar pendek ajak keluar nak makan lapar.
Kitaorang minum cendol dulu kat tepi jalan pastu gi "Axis Atrium" lak. Kitaorang nak makan KFC. Pas makan dan sembang pasal kerja, kitaorang masuk dalam. Aku belum pernah datang kat situ lagi. Ne fisrt time masuk. Kitaorang jalan-jalan dulu pastu masuk dalam "Carrefour". Tengok-tengok kat situ ada jual barang "Himalaya". Aku pun terus beli soap "Neem & Turmeric" rm8.90 dan pencuci muka "Neem Face Wash" rm24.90. Jazim kata kat sini lebih murah dari KLCC. Jazim beli krim Ketiak "Garnier", pen, fail dan maggie. Masa kitaorang makan KFC, hujan turun, masa kat Melaka, pagi hujan tengahari panas terik. Dah habis beli kitaorang balik rumah. Sebelum tu singgah kat kedai ENI, ambik baju gosok Jazim. Aku masuk bilik kucing gantikan paper. Jazim sibuk kemaskan fail-fail dia. Habis kemas barulah Jazim bagi makan ubat "Taurine" kat Cassie dan antibiotik kat Joey. Masa kitaorang tengok berita tv3, loceng berbunyi, kitaorang ingatkan sepupu Jazim datang nak ambik kad jemputan kahwin. Rupa-rupanya Umi datang nak ambik baju dia. Umi tumpang basuh baju kat rumah Jazim. jazim ada cakap kat aku, sepupu dia nak datang nak ambik kad jemputan kahwin lepas maghrib. Tengok-tengok pas isyak pun belum sampai lagi. Jazim kol sepupu dia tanya dah kat mana, masih di Bangsar lagi. So kitaorang pun gi dinner dulu kat kedai Mek Kelantan. Aku makan sup campur gan limau suam, Jazim makan nasi putih separuh gan baby kailan plus air tembikai. Sampai kat rumah sepupu dia dah tunggu Jazim kat luar rumah. Jazim berbual gan sepupu dia, aku up date blog untuk esok Mama nak baca. Pukul 10.30 baru sepupu Jazim balik. Pukul 10.45 malam, Jazim basuh baju pastu Jazim masuk tidur. Aku masih up date blog. Horey hari isnin aku cuti. Pukul 12 lebih baru aku masuk tidur.
No comments:
Post a Comment