Bangun pukul 5.30 pagi. Bersihkan bilik kucing. Pukul 6.30, masa aku bersihkan bilik kucing, aku terdengar bunyi bising kat swimming pool. Ada 2 orang budak sedang mandi swimming pool. Mandi punyalah bising, lompat sana, lompat sini. Tiba-tiba datang seorang lelaki cina tangkap budak tu. Aku rasa cina tu penduduk kat sini. Sorang kena tangkap, sorang lagi dah lari. Padan muka, pagi-pagi dah buat bising. Rupa-rupanya budak tu orang luar. Orang cina tu bawak budak tu jumpa jaga. Aku pun apa lagi jadi pak kepo sekejap. Aku keluar rumah terus gi ke tepi lif. Aku lihat dari atas, kat pondok jaga, orang cina tu marah kat jaga. Aku tengok jaga yang biasa dah takde. Ne jaga baru. Orang cina tu marahkan jaga kaw-kaw. Dia kata macam mana u boleh bagi orang luar masuk dan mandi swimming pool. U tidur ke?. Nanti i report kat bos u. Masa cina tu marahkan jaga, budak tu lari lintang pukang selamatkan diri. Jaga tu nak kejar budak tu tapi cina tu kata tak payah kejar.
Drama pagi dah habis, aku balik rumah. Aku sambung kerja. Nasib baik aku bangun awal. Pukul 7 pagi kerja dah siap. Aku mandi dan bersiap nak gi kerja. Malas lak aku nak gi kerja hari ne, macam nak EL jer. Nanti bising lak bos aku kang. Weekend ne macam-macam perkara terjadi. Hari ne Jazim dan Mama balik dari Kelantan.
No comments:
Post a Comment