Black Pepper Crab |
Tom Yam Seafood |
Grilled Sotong |
Mango Salad |
Petang masa aku nak balik dari opis aku, aku dikejutkan oleh Remza. Dia dah tunggu aku kat bus stop. Dia nak ajak aku berbuka sama. Aku cakap kenapa tak kol aku dulu. Nasib baik aku takde hal lain. Aku pun ikut dia. Aku tanya nak berbuka kat mana?. Dia kata nak buka kat "Nong & Jimmy". Aku kata jauhnya. Dia kata dah selalu makan kat dekat-dekat, kali ne kita makan jauh sikitlah. Dia dah booking table dan jugak makanan. Aku baru ingat nak makan kat situ esok gan Jazim.
Nasib baik jalan ke Ampang tak jem. Kitaorang ikut jalan MRR2. Pukul 6.10 petang, kitaorang dah sampai Ampang. Masih awal lagi. Kitaorang jalan-jalan kat bazar ramadan "Taman Muhibah" dulu. Kitaorang tawaf 1 pusingan dan terus blah. Pastu aku ajak Remza gi kat kedai Kak Mah. Aku nak beli daging goreng yang aku suka untuk buat bersahur. Aku beli rm3 jer.
Pukul 7.10 petang, Kitaorang sampai kat kedai Nong. Biasalah kat sana kalau nak parking kereta susah sikit. Kitaorang parking kereta kat rumah flat seberang jalan. Sampai sana aku order air kelapa 1 biji, Remza minum air tebu. Makanan kitaorang pun sampai. Mak datuk punyalah banyak macam nak makan 10 orang. Aku macam biasa ratah lauk jer. Masa tengah makan, terjumpa kawan Remza kat sana gak. Mereka datang 6 orang. Mereka datang lambat sikit. Nasib baik ada meja kosong.
Pukul 8.45 malam kitaorang chow. Aku ingat nak kol Jazim nak ajak keluar minum, takut lak dia sibuk gan anak-anak kondi dia. Kansel. Remza ajak aku gi Tesco kejap. Dia nak beli barang mandian. Pukul 10 malam, kitaorang sampai rumah aku. Remza ajak minum teh tarik dulu kat kedai mamak bawah rumah aku. Pukul 10.30 malam, Remza balik, aku balik rumah, terus mandi dan buat blog.
No comments:
Post a Comment