Hello There!

Saturday, August 28, 2010

Jumaat 27/08/2010

Petang habis kerja, aku gi KLCC jumpa Jazim. Aku jumpa Jazim kat "TopMan". Pukul 5.30, aku sampai kat sana. Tengok-tengok Jazim datang gan Abang Cik. Sempat berbual gan Abang Cik sekejap. Pastu kitaorang balik. Jazim cakap tadi dia jumpa Umi gan keluarga dia kat KLCC nak beli baju raya untuk Hakim gan Kenit.

Kitaorang terus gi parking kereta. Jazim tak nak lalu kat "Akleh" memang jem. Jazim keluar lalu ke susur ke kedutaan Amerika. Situ tak jem sangat. Bulan puasa ne lagi teruk jem, semua orang nak balik berbuka kat rumah. Kitaorang sampai rumah dah pukul 6.40 petang. Sampai rumah, tak sempat nak bersihkan kucing. Aku letak bag, Jazim sembahyang dan kitaorang terus nak gi "Nong & Jimmy". Bersihkan kucing lepas berbuka nanti. Masa dalam kereta nak gi sana, Umi kol Jazim. Umi pun nak berbuka sama kat sana gak.

Sampai kat sana pukul 6.50 petang. Kitaorang cari meja yang besar sikit. Kitaorang semua ada 7 orang. Kitaorang terus buat order makanan. Jazim order :-
1) Black pepper crab 1 ekor
2) Curry crab 2 ekor
3) Kerabu mangga
4) Ikan kerapu masak stim
5) Kangkung masak belacan
6) Tomyam seafood
7) Air kelapa 4 biji
8) Air cincau 2 gelas

Pukul 7.10 petang, Umi baru sampai. Anak-anak Umi tak boleh makan seafood, baru baik dari chicken pork. Mereka dah beli Mc D dan sushi. Ramai gak orang melayu buka kat sana. Pukul 8.15 malam, kitaorang balik rumah. Kitaorang nak balik cepat sebab nanti ada orang nak datang rumah nak tengok kucing. Dah selesai bersihkan kucing, Jazim dah mandi, Kelana datang rumah. Mereka nak berbincang pasal hari raya. Mungkin Kelana akan jaga kucing Jazim masa hari raya nanti. Pukul 9.20 malam, Ana dan suami dia sampai. Mereka masih muda lagi. Mereka minat nak betina tapi Joey pun mereka minat gak. Betina semua dah sold out tinggal yang jantan jer. Semua yang datang nak betina jer, habis yang jantan macam mana lak mmmm. 

Pukul 10.15 malam, baru mereka balik. Mereka akan kol lagi kalau berminat, tapi yang penting mereka kata bilik kucing berbau harum. Mestilah kena jaga nama catterykan. Cattery kena bersih, cantik dan berbau harum. Itulah tugas aku hehehe. Masa mereka balik lupa lak nak bagi business card yang baru kat mereka. Pukul 11 malam, Kelana pun nak balik. Kelana ada cakap, kalau nak mandikan kucing, dia nak tengok. Aku bergurau gan Kelana, aku cakap tak boleh tengok, tu rahsia cattery hehehe. Kelana dah balik, kitaorang pun nak keluar gi rumah aku.

Masa dalam kereta, Jazim kol Mama, kitaorang sembang-sembang biasa jer. Sampai rumah aku dah pukul 11.15 malam. Aku kemas apa yang patut, terus kitaorang orang balik ke Ampang. Masa nak balik tu, Jazim singgah kat petronas MRR2 nak keluarkan duit. Minyak kereta dah berkelip-kelip, Jazim kata nak isi kat petronas baru sebelah rumah dia. Sampai sana dah pukul 11.50 malam. Jazim dah isi minyak pastu teringin nak makan Mc D lak. Kitaorang pun drive thru jer. Aku order double cheese burger set, Jazim order beef burger jer. Sampai rumah pukul 12.10 malam. Bersihkan bilik kucing kejap, pastu kitaorang makan burger . Tiba-tiba Jazim sakit perut. Aku pun sakit perut gak. Aku rasa ne mesti pasal makan burger kot. Yalah makan burger tengah malam kan.

Pukul 1.50 pagi baru aku tidur lepas tengok citer kat saluran 721.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.