Otty belum beranak lagi. Aku dan Jazim macam orang giler, tidur, bangun, tidur dan bangun. Otty tetap pose cantik jer dalam cage. Pukul 4.45 pagi aku bangun tengok Otty pose cantik lagi, dah malas aku nak bangun lagi masa tu Jazim pun dah sedar duduk atas tilam, tanya aku dah beranak ke belum. Aku kata belum, sudah jangan bangun lagi, dia tak akan beranak. Aku terus sambung tidur balik. Aku bangun pukul 6 pagi, jam dah berbunyi. Jazim kata nak bangun ke. Aku kata aku nak bangun pukul 7 lah. Belum pukul 7, aku dah tak boleh tidur lagi. Aku terus masuk dalam bilik kucing dan buat rutin macam biasa. Jazim, aku tak sedar pukul berapa dia dah bangun, tiba-tiba masuk bilik kucing nak cuci tempat najis Bubble.
Mek Jazim pun dah bangun terus gi sembahyang. Pagi ne banyak plan nak buat. Hantar Toby ke Ara nak cukur bulu kaki, nak hantar Otty scan perut kat Segar dan Jazim nak gunting rambut. Semua dah bangun dan mandi, kitaorang gi breakfast tempat yang sama. Kedai Kak Mah biasalah mesti ramai orang kalau dah pukul 9 lebih. Biasalah tadi masa mandi kena "Q", yalah bilik air ada 1 jer, tu yang lambat sikit. Jazim dah buat temujanji gan Sam pukul 10 pagi untuk cukur bulu kaki Toby. Masa sampai kat kedai roti canai tu pukul 9.15 pagi, orang yang makan pun ramai, yalah hari minggu katakan. Semua makan macam semalam punya. Aku naik angin gan kakak yang ambik order. Semua dah dapat makanan, aku pun roti telur bawang, tak sampai-sampai lagi. Nasib baik telur setengah masak 2 biji aku dah sampai, kalau tak mahu aku sumpah seranah kedai tu. Sampai kitaorang nak blah pun roti aku tak sampai. Masa nak kira, aku laser kakak tu. Tiba-tiba si Hakimi nak order telur setengah masak 2 biji lak. Duit dah bayar kat kakak tu. Kitaorang kenalah tunggu lagi kat situ. Jam dah nak dekat pukul 10 pagi ne. Jazim dah panas. Kakak tu pulangkan duit baki, terus Jazim tanya berapa telur setengah masak 2 biji tu. Harga rm1 jer. Lama sungguh telur nak sampai, last-last Jazim gi kat kedai tanya telur dah siap ke belum. Dah siap Jazim terus hantar kat Hakim. Tengok-tengok kakak pun nak sikit gak telur tu.
Habis semua kitaorang menuju ke kereta. Salam kat Mek sekeluarga sebab nak balik ke Kelantan. Aku dan Jazim balik rumah nak ambik Toby dan Otty terus ke Ara. Sampai kat Ara ada 2,3 client tengah tunggu Dr. Sumitra. Kitaorang jumpa Sam cakap macam mana nak cukur bulu kaki Toby nanti dah siap Sam akan kol Jazim, pastu kitaorang jumpa Dr. Sumitra nak tanya macam mana kes Otty yang dah terover due ne. Jazim nak injet supaya Otty lekas beranak, Dr. Sumitra kata jangan lebih baik biar Otty beranak sendiri. Dr. Sumitra kata 65 hari +- sampai 70 hari. Lebih baik scan dulu tengok anak Otty baik atau tidak. Ok, kitaorang terus nak gi ke Segar nak scan perut Otty.
Sampai kat Segar dah pukul 11.15 pagi. Masa nak masuk ke sana, Sam dah kol kata Toby dah siap. Nanti kitaorang datang ambik Toby. Dah daftar nama Otty, kitaorang tunggu lak. Ramai gak ada kat situ, kebanyakkan anjinglah. Ada 1 pelanggan, perempuan cina gan anak lelaki dan anak perempuan dia datang. Bawak 2 ekor anjing yang cute. Aku ternampak mak dia tulis nama anjing dia, salah satunya nama "Bobo". Aku cakap kat Jazim, Jazim ketawa, yang penting anjing tu cantik dan pakai kasut warna merah lagi.
Nama Jazim dah dipanggil. Kitaorang masuk jumpa Dr. Lum, amoi cina. Dr. Lum check suhu badan dan check perut Otty. Tanya itu dan ini. Pastu nak buat scan. Kitaorang ikut pekerjanya yang bawak Otty sekali naik ke tingkat 2. Masuk bilik scan. Bulu Otty kat bahagian bawah kena cukur. Dr.Lum pun scan Otty. Check punya check, tengok-tengok anak sekor jer anak Otty, tapi jantung anak Otty lemah. So Dr. Lum tanya nak buat pembedahan atau tunggu lagi biar Otty beranak sendiri. Kitaorang pun setuju biarlah Otty beranak sendiri. Tunggu sehari lagi tengok macam mana nanti. Dah habis semua, kitaorang turun bawah gan Otty. Bayar kat kaunter kena rm 150. Habis dah pukul 12.10 tengahari. Kitaorang terus balik menuju ke Ara nak ambik Toby.
Sampai kat Ara dah pukul 1.20 petang. Aku ambik Toby kat kaunter bayar rm10 jer. Jazim tunggu kat dalam kereta sebab malas nak bayar parking. Terus kitaorang balik rumah. Dah sampai rumah, aku masukkan Toby balik dalam cage dia. Jazim nak pindahkan Otty ke bilik air. Otty duduk kat sebelah Bubble. Dah habis Jazim tidur kejap, aku habiskan kerja aku. Aku mula buat blog. Pukul 2.45 petang, Kelana datang bawak makanan kucing 2 kapit 10kg. Jazim dah bagitau aku yang Kelana nak datang nanti. Sembang punya sembang, tengok-tengok Kelana nak booking si Micky (betina black & white) tu. Terkejut Jazim dan aku, terus Kelana bayar booking kat Jazim. Pukul 3.20 petang, Kelana pun balik. Aku ajak Jazim gi lunch kat Pak Don. Selepas lunch, Jazim nak ke Uptown nak beli pewangi bilik kucing sambil nak tengok shampoo kucing yang boleh menghilangkan warna kuning.
Sampai kat Uptown dah pukul 4.40 petang. Kitaorang gi kedai N & N Pet dulu sebab Jazim nak beli penghadang kucing untuk Otty. Harga penghadang tu rm18. Aku tengok pewangi dan shampoo, tak ada yang menarik. Pastu kitaorang gi kedai Pet Centre lak pun takde yang menarik. Kitaorang terus balik menuju ke Pet Save lak. Sampai sana pewangi pun takde yang macam bau yang kitaorang nak. Shampoo pun takde yang bagus. Pastu Jazim gi Maybank keluarkan duit, aku beli keropok mamak yang jual kat tepi Maybank.
Kitaorang balik rumah terus. sampai rumah dah pukul 5.40 petang. Aku bersihkan bilik kucing, Jazim siapkan penghadang untuk Otty pastu jazim bersihkan anak-anak Angel lak. Habis pukul 6.30 petang. Pastu Jazim keluar gi ............. Aku sambung buat blog. Pukul 9.13 malam, Jazim kol aku nak gi dinner. Mula-mula kitaorang nak gi kat kedai Mek Kelantan, tak jadi, kitaorang nak gi Intai-intai nak makan rojak buah dan pulut jer. Aku tunggu Jazim sampai.
Malam ne kitaorang kena berjaga lagi. Kemungkinan besar Otty beranak malam ne. Mata aku dah mula merah. Aku tak cukup tidur kot. Ok esok citer lagi. Bye
No comments:
Post a Comment