Pukul 4.10 petang, Jazim sampai kat rumah. Orang yang nak tengok kucing on the way sekarang. Aku dah bersihkan bilik dan kucing. Aku pun nak keluar jumpa orang kejap, lagipun aku tak nak dengar Jazim berurusan gan "Client". Aku terserempak gan orang yang nak datang rumah masa aku nak tuju ke gate. Sekarang kat pak guard dah ada palang automatik. Aku jumpa kawan kat "UO" pastu kitaorang gi minum kat "Ampang Waterfront".
Pukul 5.20 petang, masa aku nak balik rumah, hujan turun dengan lebatnya, berserta angin kencang giler dan kilat berdentum-dentam. Aku tunggu dalam kereta kejap. Berbual-bual kosong gan kawan aku. Hujan dah reda sikit, aku pun naik ke rumah Jazim. Aku ingatkan orang kat rumah Jazim dah balik, rupanya belum lagi. Ada 2 orang rupanya. Aku terus masuk rumah dan bersalaman. Aku masuk dalam bilik air basuh kaki dan terus ke bilik kucing. Aku bersihkan apa yang patut. Tengok-tengok Jazim masuk dalam bilik kucing. Rupa-rupanya orang tu dah balik. Jazim cerita kat aku, orang tu jadi ambik "Princess Darleen" dan bayar duit pendahuluan.
Malam ne Jazim kata, Kelana nak datang tengok "Prince Joey" lak. Selepas kitaorang dinner kot baru Kelana datang. Prince Haiqal pun ada orang nak tengok esok. Esok Jefri lak nak datang bayar yang selebihnya untuk "Prince Cassie". Meletop-letop rezeki Jazim datang, selepas penat lelah, tidur tak cukup. Kesian pulak aku. Malam ne dan malam yang berikutnya, kitaorang tak tidur lena sebab "Bubble" nak beranak. Kalau tak malam ne, malam esok kot. Harus isnin nanti nyantuk giler.
Kitaorang nak bersiap nak gi dinner. Kitaorang keluar rumah pukul 7.45 malam. Hujan masih turun lagi. DD jumpa kitaorang kat sana. Nelah dia "Restoran Istana Bambu". Restoran ne kat jalan MRR2 nak menuju ke Ampang. Gambar tomyam seafood jer dapat ambik, gambar lauk lain tak sempat ambik sebab nampak sedap terus ngap. Kitaorang order:-
1) Deep fried with three taste
2) Tomyam seafood
3) Broccoli with mixed mushroom
4) Darjeeling tea
5) Honeydew juice
6) Pineapple juice
7) Plain rice
Sedap Tomyam dia |
Main Entrance |
Tempat kitaorang makan bersila |
Tempatnya cantik dan besar, kalah "Bora Ombak". Semua dibuat dari buluh.
No comments:
Post a Comment