Hello There!

Saturday, July 10, 2010

Sabtu 10/07/2010

Bangun pukul 6 pagi. Aku bersihkan bilik anak-anak kondi, Jazim pun dah bangun, dia bersihkan bilik Angel. Pastu Jazim bagi makan ubat selsema kat Toby. Semalam aku dah mandikan anak-anak kondi. Pagi ne aku mandikan yang lain tengahari sikit sebab pagi ne aku, Jazim dan DD nak gi Sungai Congkak picnic. Beres semua aku gi mandi. Janji jumpa DD pukul 9 pagi, tapi kitaorang tukar pukul 8.30 pagi. DD dah tunggu kat kereta dia. Kitaorang gi naik kereta DD. Aku dan Jazim keluar rumah pukul 8.35 pagi. Kitaorang terus gi breakfast kat kedai Kak Mah. Ramai orang kat kedai Kak Mah.

Tepat pukul 9.45 pagi, kitaorang bertolak menuju ke Sungai Congkak. Sampai kat sana dah pukul 10.45. Bayar parking rm3, kitaorang singgah kedai beli buah cempedak goreng, rambutan plus air mineral water aku. DD sempat bawak mee goreng, tiger fruit dan keropok dari rumah. Kitaorang masuk dalam perkarangan Sungai Congkak kena bayar lagi sorang rm1. Kitaorang jalan lagi nak cari tempat duduk. Masa kitaorang sampai, belum ramai orang lagi. Kitaorang duduk sebelah surau. Dah bentang paper dan tikar, kitaorang makan buah cempedak dulu. Pastu baru aku dan DD gi mandi. Jazim tak mahu mandi. Aku turun dulu masuk kat air, hayooo air punyalah sejuk. Masa aku dan DD mandi, ada 2 orang budak lelaki kecik nak tangkap ikan kat tempat kitaorang mandi. Aku tanya ada ke ikan kat sini. Budak tu kata ada. Mereka adik beradik, tinggal kat area sana. Kalau dapat ikan nak letak kat mana. Budak tu kata simpan dalam bag, warna pink lagi. Jazim ambik gambar kitaorang mandi. Pukul 11.45 pagi, aku dah puas mandi, aku salin baju. DD pun naik dan salin baju. Pastu aku dan DD makan tiger fruit, Jazim sempat tidur lagi.

Masa kitaorang nak beredar, kitaorang jumpa budak tu lagi. DD bagi kacang dan pisang kat budak tu. Tepat pukul 12.15 tengahari, kitaorang blah dari situ. Orang ramai mula berpusu-pusu datang. Masa kitaorang nak menuju ke kereta, kitaorang jumpa budak tu lagi tengah naik basikal siap buat lambaian miss world lagi. Masa dalam perjalanan, kitaorang ingat nak beli durian tapi tak jadi. Kitaorang terus gi lunch kat Pak Don. Pas makan kitaorang balik rumah. Aku ucapkan terima kasih kat DD terus naik rumah, Sampai rumah aku bersihkan bilik kucing, terus aku mandikan Ot, Bubble, Marissa dan Haiqal. Jazim bersihkan bilik Angel.












No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.