Hello There!

Sunday, July 18, 2010

Ahad 18/07/2010


Aku bangun tidur pukul 6.15 pagi. Aku bangun tengok Mama dah bersihkan bilik kucing, Jazim pun dah bangun tidur gak. Plan semalam nak bangun tidur lambat sikit selepas tengok lagi konsert "Celine Dion", jam semalam aku tak kunci tapi dah terbiasa bangun awal kan, lewat 15 minit jer. Habis semua kitaorang sambung tengok konsert "Celine Dion" tapi pembikinan filem dia menjelajahi seluruh dunia termasuk Kuala Lumpur. Semalam tengok separuh jalan jer, nyantuk sebab 3 jam baru nak habis.


Dah habis, kitaorang satu persatu gi mandi. Sebelum tu masa aku nak buang sampah, aku jumpa banyak news paper orang buang kat lif. Aku apa lagi kutiplah untuk alas kucing. Dah siap semua orang, kitaorang gi breakfast kat kedai Kak Mah. Habis makan kitaorang gi "Tesco" Ampang, Jazim nak beli sabun basuh baju (top warna hijau), tisu kucing, tisu muka dan air wick bau "Lavender". Pastu nak gi kedai "Cosway", tengok-tengok kedai tu belum bukak lagi.


Sampai rumah kemas barang, Jazim nak scan sijil kucing sebab aku nak simpan nanti dah bagi kat "owner" aku takde copynya. Mama busy gan laptopnya. Pastu Jazim tidur kejap, aku sambung buat blog untuk hari ahad punya. Hari ne Mama nak balik ke Melaka, bas dia pukul 3 petang. Lepas lunch baru Mama nak bertolak ke Bukit Jalil. Hari ne ramai lak nak tengok anak-anak Angel. Alhamdulillah rezeki tak ke mana. Kalau menjadi Prince Joey, Prince Tommy, Princess Darleen dan Princess Micky akan dijual. Prince Carlos tinggal bersama kami, boleh berkawan gan Princess Suzzy nanti sebab sama-sama warna putih yang "Cantik". Sedih gak tapi apa boleh buat tak kan nak simpan banyak-banyak kan nanti susahkan diri sendiri.


Bangun tidur kitaorang tengok "Melodi" kejap, pastu kitaorang gi lunch. Pukul 1 kitaorang keluar rumah gi kedai Pak Don, takut nanti Mama lambat sampai kat "Bukit Jalil" lak sebab hari pun macam nak hujan jer. Pukul 1.30 kitaorang beredar dari kedai makan, Jazim hantar Mama sampai LRT Ampang. Pastu kitaorang terus ke "Cosway" nak beli kepala mop guna a/c Mama sebab Mama ahli Cosway. Jazim beli kepala mop jer, batang mop tak dijual kat situ. Kitaorang gi "ACE Hardware" sebelah "Hero" nak beli batang mop lak.




Masa lunch tadi Jazim ada plan nak buat sinki kat bilik kucing. Asyik nak mandikan kucing dalam bilik air dia jer. Lagi pun senang kalau bilik kucing dah ada sinki, kalau nak bersihkan tempat najis ke, isi air minuman dan mandi. Habis beli batang mop kat ACE, kitaorang terus gi "Ampang Waterfront" nak tengok sinki. Kitaorang jumpa sinki yang kitaorang nak, harga sebenar rm390, discount rm280, ada 1 pekerja layan kitaorang dan ukur saiz sinki tu. Pastu kitaorang tengok kepala shower lak, ada yang menarik gak. Habis tu kitaorang balik rumah.



Sampai kat rumah, Jazim terus mop lantai, dia kata nak mop kat bilik dia jer. Aku masuk bilik kucing, bersihkan apa yang patut. Habis kerja aku nak keluar dari bilik kucing, rupa-rupanya Jazim mop 1 rumah. Habis mop kitaorang gi ukur tempat nak letak sinki. Memang sesuai ukuran tu, ada lebih sikit. Sekarang nak cari plumber jer nak buat. Nanti nak gi "IKEA" nak beli blind kayu dan alas kaki. Pastu kitaorang tengok tv, tiba-tiba Jazim lapar, terus masak maggie, aku tumpang sekakilah. Sekarang ne tengah tunggu "client" nak datang rumah nak tengok kucing. Kata nak datang pukul 5 petang, sekarang pukul 4.54 petang, Kat luar rumah hujan turun. Pukul 6.05 petang 2 orang datang nak tengok kucing. Jazim tengah layan diaorang. Tiba-tiba datang lagi kawan mereka. Entahlah nak beli ke tidak, tunggu dan lihat jer. Yang pastinya Princess Suzzy dan Prince Carlos staying with us.

Pukul 7 lebih "client" baru balik dari rumah Jazim. Hasilnya mereka suka Toby dan Suzzy tapi sorry not available.  Mereka nak booking tapi anak-anak Angel masih kecil lagi so Jazim belum bukak untuk booking. Mereka dah blah Jazim dah mandi, kitaorang tengok t.v, sekali lagi dengan tiba-tiba Jazim ajak gi Jalan Ipoh nak tengok sinki. Pukul 7.50 malam kitaorang gi sana, Sampai kat sana semua kedai tutup, hampa. Kitaorang balik dan singgah kat sebelah Petronas nak dinner. Pas dinner balik rumah sampai pukul 8.45 malam. Masuk bilik kucing operasi bersihkan telinga lak. Semua telinga kucing kecuali Fiona. Fiona dah mula garang balik selepas habis mating. 

Esok maybe Jazim akan buat make over kat bilik kucing, nak kol plumber dulu. Esok aku kerja, Jazim tak kerja cuti. Tunggu citer esok lak.......byeeeee

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.