Hello There!

Friday, September 17, 2010

Khamis 16/09/2010

Pukul 7 pagi, aku dah bangun tidur. Aku terus ke bilik kucing. Jazim pun dah bangun. Dia bersihkan bilik kucing kat sebelah. Semua dah habis, kitaorang mandi. Sebelum kitaorang keluar rumah, Jazim goggle dulu nak cari "Klinik Heshmael's" kat Damansara. Jazim nak potong gigi Tommy kat sana nak masuk show katanya.. Dah settle kitaorang gi breakfast. Kitaorang gi kedai Kak Mah belum bukak lagi. Kitaorang gi breakfast kat "Old Town White Coffee" kat Ampang Water Front. Pukul 9.43 pagi, kitaorang sampai sana. Kitaorang order :-
1 Teh Tarik rm3.20
1 Red Bean Freeze rm7.90
2 Soft Boiled Eggs rm5.80
1 Western Platter rm8.20
1 Mh Siam Fried Chicken rm6.90
1 Condensed Milk Thick Bread rm3.80
1 Peanut Butter (D) rm3.20


Kitaorang makan sampai pukul 10.15 pagi. Pastu kitaorang gi kedai "U R MY PET HOUSE". Kitaorang nak cari makanan kucing, kat rumah dah nak dekat habis. Kitaorang nak cari makanan kucing "Royal Canin kitten 36". Kat situ dah takde stock. Jazim terus beli "Kitzyme Conditioning Tablels" harga rm 58.32 after disc. 10%. Jazim dah pesan kat kawan Kelana 5 bag makanan kucing tapi sana pun takde stock. 


Pastu kitaorang gi kedai "PET SAVE" pulak. Sampai sana dah pukul 10.55 pagi. Kat sana pun takde stock. Jazim beli botol air kecik rm18 dan kepala botol air rm16.20. Last resort kitaorang kol Dr. Yuan tanya kat kedai dia ada kitten 36 tak. Dr. Yuan kata ada. Jazim beli 1 bag harga rm200. Dari kedai Dr. Yuan. kitaorang gi kat kedai Peggy lak. Jazim nak beli mentol baru sebab lampu spotlight dia terbakar. Jazim beli mentol spare dan lampu spotlight baru. Peggy bagi kitaorang minum kopi. Pastu kitaorang balik rumah. Sampai rumah kitaorang ambik Tommy terus ke Damansara. Jazim dah buat temujanji gan Dr. Hasnul pukul 2 petang.


Kitaorang nak gi sana sesat sikit. Jazim beberapa kali kol klinik tu. Akhirnya kitaorang sampai gak. Pukul 2 lebih baru sampai sana. Orang kat sana tak ramai sangat. Kitaorang jumpa orang kuat dari Astro kat sana. Dr. Hasnul cabut gigi Tommy gan player, tak sampai 2 saat dah habis. Tommy menjerit. Kitaorang tak puas hati gan Dr. Hasnul. Kitaorang sampai kat sana, dia boleh kata, dia dah lambat ada temujanji. Dia boleh cabut gigi pastu dia serahkan kat Dr, Balqis untuk settlekan. Kitaorang tanya soalan pun macam nak tak nak jer jawab pastu dia dah hilang. Nasib baik Dr. Balqis tu ok nak terangkan serba sedikit. Kitaorang dahlah belum ada pengalaman dalam bab cabut gigi kucing ne. Kalau dah ada temujanji tu buat apa nak buat temujanji gan kitaorang. Dahlah nak gi sana tu jauh sampai sesat dibuatnya. Klinik dia taklah besar sangat, ada 4 orang doktor. Pastu caj consultation rm35. Cabut gigi rm15 dan ubat rm13.




Sebelum sampai rumah, kitaorang singgah kat kedai Hardware. Jazim nak beli cangkul kecik. Nanti senang kalau nak tanam kucing mati. Sampai rumah dah nak dekat pukul 4 lebih. Kitaorang bersihkan kucing. Rehat kejap pastu kitaorang tengok dvd citer "The Bounty Hunter". Masa tengok kitaorang lupa nak lunch. Perut masing-masing dah berbunyi, nak keluar rumah malas. So kitaorang pause kejap dvd, aku goreng keropok. Pukul 6.30 lebih baru habis tengok dvd. Masa untuk bersihkan kucing.


Pukul 7.20, DD sms aku. Dia kata nak gi "Ampang Point". Kitaorang pun nak keluar gak nak gi makan. Pukul 8 kitaorang jumpa DD kat bawah. Kitaorang naik kereta DD. Mula-mula tu nak makan kat tepi Petronas, tengok-tengok semua kedai belum bukak lagi. Pastu nak makan kat belakang Risda pun tak jadi. Kitaorang terus makan kat kedai "Ruz Aladdin". Kitaorang makan nasi briyani. 


Dah makan DD nak tengok perabut lak. Kitaorang tengok kat Ampang Water Front. Kitaorang sampai kedai tu dah nak tutup. Dan tengok perabut, kitaorang gi lak Carrefour Ampang. Sampai kat sana dah pukul 10 malam. Kat sana pun kedai dah banyak tutup. Kitaorang tengok barangan elektrik. DD beli pisang, Jazim beli Tartar Control Listerine. Dan bayar DD dan Jazim beli aiskrim. Pastu kitaorang balik rumah. 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.