Horey hari ne hari raya.
Aku bangun pukul 7 pagi. Aku bersiap nak sembahyang raya. Pukul 8 pagi aku dah gi masjid gan bapak aku. Anak saudara aku gi naik motor. Aku gan bapak aku naik van gan Rashid. Dah habis sembahyang, kitaorang balik rumah. Sampai kat rumah, tiba-tiba hujan turun gan lebatnya. Nasib baik dah sampai rumah. Kitaorang terus makan dulu, pastu barulah bersalam-salaman, minta maaf gan semua orang.
Pastu kitaorang nak masukkan kuih dalam bekas. Kuih banyak bekasnya sikit. Apalah kakak aku ne. Pukul 10.15 pagi, barulah hujan berhenti. Kitaorang bersiap nak gi kubur. Kitaorang nak melawat kubur anak saudara aku. Sampai kat sana, orang tak ramai kat kubur. Dah habis kat kubur, kitaorang bertolak gi rumah saudara kitaorang. Kitaorang gi gan 2 buah van sampai nak sembahyang jumaat. Pukul 2.45 petang, kitaorang sambung lagi beraya. Kitaorang beraya sampai pukul 4.45 petang.
Rumah Mak Long |
Rumah Mak Ngah |
No comments:
Post a Comment