Hello There!

Tuesday, January 4, 2011

Adakah Ini Gurauan Semata?

Gambar Kucing Bulu Berwarna-Warni 

Gambar Kucing Bulu Berwarna

Di dunia ini terdapat segelintir pihak penggemar kucing yang menghias kucingnya bukan dengan barang-barang perhiasan, tetapi dengan mengubah warna bulu kucingnya. Dikatakan kos penjagaan bulu kucing yang telah diwarnakan ini bernilai $60,000 setahun. Kerja-kerja ini perlu diulang setiap tiga bulan, dan kos untuk pengulangan proses mewarnakan bulu kucing ini adalah sekitar $15,000.

Apakah perasaan kucing ini apabila melihat wajahnya yang comel itu dicermin? Berikut adalah beberapa keping gambar kucing yang telah diwarnakan bulunya. Pemilik kucing-kucing ini tentulah orang yang memiliki banyak wang, atau mungkin seorang yang begitu taksub dengan kucing.

Pada pandangan anda, adakah kucing-kucing ini bernasib baik atau bernasib malang? Dapatkah pasangan hidup kucing-kucing ini mengenali kucing-kucing ini setelah warnanya dicat kembali?

The Painted Cat

Kucing di sebelah kiri ini diwarnakan seakan-akan rangka tengkorak manakala kucing yang disebelah kanan itu diwarnakan seperti seorang lelaki bertopi yang sedang berdiri atau berjalan. Foto-foto kucing yang diwarnakan ini tersebar menerusi e-mel sekitar tahun 2002.

Gambar Kucing Badut Hitam

Gambar Kucing Red Indian

Gambar Kucing Bulu Diwarnakan Seperti Corak Kain

Why Cats Paint - A Theory of Feline Aesthetics, sebuah buku yang ditulis oleh Burton Silver dan Heather Buschm pada tahun 1994 berjaya mengutip sejumlah $50 juta. Ramai orang menyangka bahawa kucing-kucing ini betul-betul diwarnakan. Sebenarnya, tidak ada seekor kucing pun yang betul-betul diwarnakan seperti gambar-gambar di atas. Gambar-gambar di atas adalah satu hasil eksperimentasi seni yang boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian seperti Photoshop dan seangkatan dengannya. Oleh kerana perisian Photoshop amat mahal pada ketika itu, maka tidak ramai yang mengetahui hakikat sebenarnya.

Salah satu perkara yang perlu difikirkan, adakah bahan-bahan pewarna yang digunakan itu sesuai dan selamat untuk digunakan ke atas kucing. Gambar-gambar ini mula diedarkan kembali menerusi forward e-mail sekitar Februari 2007, dan kembali berjaya mengabui kebenaran di hati ramai orang.

Zaman serba moden ini, tidak semua perkara yang kita dengar, baca atau lihat itu adalah benar. Manusia hari ini mungkin terlalu didedahkan dengan kaedah pendidikan makan suap, yang kemudiannya memberi kesan ke atas budaya pemikiran dan kehidupan mereka. Manusia seharusnya diajar berdikari supaya dapat membongkar kebenaran bagi setiap cerita atau berita yang disampaikan kepada mereka.

Saya tidak menyukai budaya forward e-mail ini kerana hal-hal seperti ini. Kadangkala teknologi yang mempermudahkan kehidupan manusia itu, boleh memperbodohkan lagi manusia, menjadikan manusia kurang berwaspada terhadap sesuatu isu atau perkara. Ini adalah bencana budaya moral dan pemikiran yang melanda manusia hari ini. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer:

The information contained in this website is for general information purposes only. The information is provided by ceritakuharihari.blogspot.com and while we endeavour to keep the information up to date and correct, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. Any reliance you place on such information is therefore strictly at your own risk.